SAH: MotoGP Finland Bakal Berlangsung Pada Tahun 2019!

 

  • MotoGP Finland bakal berlangsung pada tahun 2019 setelah termeterai perjanjian antara pegawai Dorna dan KymiRing.
  • KymiRing dan juga pegawai dari Dorna telah menandatanganni perjanjian selama lima tahun bagi mengadakan GP Finland bermula dari tahun 2019 hingga 2023.
  • Dengan keboleha untuk menampung sehingga sekitar 100,000 penonton, KymiRing dikatakan bakal siap menjelang tahun hadapan.

Finland akhirnya telah disahkan untuk menyertai calendar Kejohanan Dunia MotoGP FIM bermula tahun 2019. Pihak KymiRing (yang masih lagi dalam proses membina litar) serta badan pengelola Dorna telah bersetuju memeterai kontrak selama lima tahun yang akan menyaksikan perlumbaan MotoGP di Finland dari tahun 2019 hingga 2023.

Lebih daripada 50 perwakilan telah berkumpul untuk satu sidang akhbar di Helsinki Music House termasuklah tetamu istimewa bagi meraikan kembalinya GP Finland seperti Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta, Pengarah Kesukanan Dorna, Carlos Ezpeleta, Menteri Kebudayaan, Sukan, dan Hal Ehwal Eropah, Sampo Terho, Pengerusi Badan Pengarah KymiRing, Kari O. Sohlberg, Pengerusi Persekutuan Permotosikalan Finland, Tapio Nevala, serta Pengurus Projek KymiRing, Timo Pohjola.


Terletak di Litti, Kompleks sukan permotoran KymiRing ini masih dalam pembinaan yang diharapkan akan merangsang kembali ekonomi di Selatan Finland sesudah selesai pembinaannya. Dengan kebolehan untuk menampung sekitar 100,000 orang serta lokasinya yang unik dan strategik di bahagian Utara Eropah, Ianya merupakan keadaan yang menguntungkan bagi kesemua pihak orang ramai dan juga MotoGP.

Menurut Carmelo Ezpeleta, Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports, “Ianya dengan penuh rasa gembira saya umumkan perjanjian yang kami meterai bersama KymiRing dan pembinaannya sedang dijalankan. Kami akan mengusulkan kepada FIM untuk menyertakan Finland dalam kalendar MotoGP bagi 2019. Ianya hari yang menakjubkan kerana setelah betahun lamanya sejak GP Imatra di Finland ini dan kami berasa amat berbangga untuk mengumumkan lokasi baru ini.”

“Finland merupakan tempat yang mempunyai tradisi dalam sukan permotoran. Ia telah melahirkan beberapa penunggang hebat bagi MotoGP pada suatu ketika dahulu. Saya teringat akan Jarno Saarinen dan lebih terkini, Mika Kaalio, dan ramai lagi penunggang yang lain yang pernah berlumba. Orang-orang Finland cukup arif mengenai sukan permotoran dan saya rasa KymiRing akan menganjurkan acara yang hebat pada masa yang akan datang. Tatacara litar ini tampak begitu baik sekali, ianya pantas dan selamat, dan sukacitanya kami umumkannya pada hari ini.”

Apabila ditanya mengenai peluang keemasan untuk menganjurkan MotoGP di Finland, Pengurus Projek KymiRing, Timo Pohjola mengatakan “Ianya sesuatu yang telah kami inginkan bertahun lamanya dan kini ianya menjadi kenyataan. Saya merasakan tatacara litar ini berdasarkan pengalaman perlumbaan orang Finland – Orang Finland amat menyukai akan sukan permotoran dan itulah sebabnya kami ingin membuat tatcara dan litar istimewa untuk MotoGP, sesuatu yang baru.”

“Kami merupakan satu-satunya litar antarabangsa di bahagian Utara Eropah dan oleh kerana itu begitu banyak Negara lain amat berminat dengan KymiRing. Juara kelahiran Finland pertama ialah Jarno Saarinen, dan dalam Formula 1 pula kami ada Keke Rosberg dan Mika Hakkinen dan ramai lagi, namun permotosikalan senantiasa amat popular di Finland.”

Sumber: MotoGP

Artikel oleh: Mohd Zarul Faiz Ahmad Zaki

Leave a Reply