Juara GP 13-Kali Angel Nieto Meninggal Dunia

 

Sumber imej: www.elplural.com
  • Juara dunia GP 13-kali, Angel Nieto, telah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya akibat kemalangan jalan raya pada minggu lalu berdekatan tempat tinggalnya di Ibiza.
  • Dia yang sedang menunggang motosikal ‘quad bike’-nya apabila berlaku pertembungan antaranya dengan sebuah kenderaan lain di atas jalan.
  • Angel Nieto telah memenangi 13 kejuaraan dunia Grand Prix sebelum bersara pada tahun 1986 di mana dia telah berlumbadalam kategori 50cc  dan 125cc. Dia berusia 70 tahun.

Sumber imej: MotoGP

Juara dunia GP 13-kali,Angel Nieto, telah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada minggu yang lalu. Ianya telah dilaporkan bahawa motosikal ‘quad bike’-nya telah terlibat dengan satu pertembungan dengan sebuah kereta berdekatan dengan rumahnya di Ibiza, Sepanyol.

Sumber imej: MCN

Insiden yang berlaku pada minggu yang lalu itu begitu teruk menyebabkan Nieto terpaksa diletakkan dalam keadaan koma kerana dia telah mengalami kecederaan kepala yang teruk akibat kemalangan itu. Doktor yang bertugas di hospital Policlinica de Nuestra Senora del Rosario mengatakan bahawa dia ada menunjukkan kemajuan dalam pemulihannya namun ianya bertukar semakin teruk oleh kerana beberapa komplikasi yang menyebabkan dia meninggal dunia.

Sumber imej: www.masmoto.net

Angel Nieto terbukti sebagai seorang legenda dalam dunia perlumbaan dengan 13 takhta kejuaraan yang telah dirangkulnya. Disebabkan kepercayaannya, dia sentiasa merujuk kejuaraan ke-13nya sebagai ‘12+1’, sebelum tahun 1986 di mana dia telah berlumba di atas jentera perlumbaan 50cc dan 125cc. Persaraannya pada penghujung tahun 1980-an juga telah menandakan sejumlah 186 perlumbaan GP yang disertainya dengan hampir separuh darinya telah dia menangi.

Sumber imej: www.abc.es

Susulan persaraannya, dia meneruskan usahanya dalam dunia perlumbaan dengan menjadi tokoh yang menonjol di paddock perlumbaan dengan membantu anaknya dan anak saudaranya meneruskan legasi perlumbaannya. Dia juga telah membantu dalam pengurusan pasukan bersama dengan seorang lagi juara GP seangkatannya, Emilio Alzamora.

Sumber imej: MCN

Kami di MotoMalaya dan juga dengan laman saudara kami di Bikes Republic menghulurkan jutaan takziah kepada keluarga Angel pada masa yang sukar ini.


Artikel oleh: Mohd Zarul Faiz Ahmad Zaki

Leave a Reply