2017 Honda RS150R dengan kemaskini grafik dan warna – RM8,478.94 (Merah dan Biru) ke RM8,796.94 (Edisi Trico dan Repsol) (asas termasuk GST)

Boon Siew Honda (BSH) melancarkan Honda RS150R versi baharu 2017 dengan warna dan jalur yang baru untuk menambahkan lagi daya tarikan kepada  peminat RS150R.

Secara rasminya, RS150R diperkenalkan di Malaysia pada Jun 2016 dan berada di pasaran pada August 2016. Jentera ini dilengkapi enjin DOHC 150cc satu silinder dengan sistem penyejukan cecair dan dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.

Ini menawarkan tujahan kuasa 15.4 hp pada 9,000 rpm, manakala daya tork adalah 13.5Nm pada 6,500 rpm. Berat badan RS150R adalah 123kg. Ia juga membawa tangki minyak 4.5 liter dan dilengkapi dengan brek cakera di bahagian hadapan dan belakang. Bentuk badan agresif, bentuk muka dan lampu yang tajam, rangka badan yang berlapis menunjukkan keunikan RS150R yang banyak mempengaruhi hati pengguna Malaysia.  

Selepas setahun di Malaysia, RS150R mendapat sambutan yang hangat di kalangan rakyat Malaysia. Pencapaian ini boleh dijelaskan melalui prestasi yang mengkagumkan dan reka bentuk yang agresif. Terima kasih kepada peminat RS150R dan dengan sokongan peminat RS150R, secara purata lebih 2,000 units telah pun dijual setiap bulan dan ia masih belum memenuhi permintaan pasaran.

Untuk menampung permintaan pasaran yang tinggi ini, Boon Siew Honda telah meningkatkan kapasiti pengeluaran model ini untuk memastikan semua peminat RS150R mampu memilikinya secepat mungkin.


RS150R Baharu ini ditawarkan dalam tiga warna baharu: Edisi Trico, Merah ‘Candy (Candy Scintillate Red) dan Biru Mutiara (Pearl Nightfall Blue), serta warna ekskulsif yang sedia ada, Edisi Repsol. Ianya akan berada di bilik pameran pengedar Honda mulai 8hb Ogos 2017 dan harga yang disyorkan bermula dari RM 8,478.94 (Merah ‘Candy’ dan Biru Mutiara) ke RM 8,796.94 (Edisi Trico dan Repsol), termasuk GST tetapi tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

Model tersebut juga didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu).

Leave a Reply