GIVI MEDIA RIDE 2017

 

  • GIVI Malaysia menganjurkan Media Ride ini sebagai tanda penghargaan kepada pihak media.
  • Tunggangan ini juga merupakan satu peluang buat pihak media untuk mencuba sendiri produk GIVI.
  • Destinasi tunggangan tahun ini adalah Port Dickson.

 

Ianya pengalaman nyata yang dinikmati sendiri, menterjemahkan tanggapan yang hebat atau bukti keberkesanan sesuatu produk. Melihatnya di atas talian melalui internet mungkin akan menimbulkan kekaguman, namun tiada apa dapat menandingi emosi dan perasaan apabila ianya di depan mata.

Sebagai contoh, tunggangan kembara antarabangsa tahunan GIVI. Pengedar seluruh dunia untuk jenama dari Itali itu telah menunggang melalui landskap yang eksotik seperti Dakar, Patagonia, Afrika Selatan, Colombia, dan dalam masa terdekat, sebahagian Indochina dalam tahun ini. Sudah tentu segala gambar, video serta artikel dapat mengambarkan perasaan mengagumkan itu,namun, pengalaman sebenar menunggang di tebing pantai yang ditiup angin, menyelusuri bahagian jalan tidak berturap yang sukar, memerhatikan budaya setempat, bukannya sesuatu yang dapat digambarkan sepenuhnya. Penulis bernasib baik dapat mengikuti GIVI Wildness Adventure 2015 di Afrika Selatan dan ianya merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan!

Perkara yang sama juga dapat dikatakan untuk produk, terutamanya yang dibina untuk tahan lasak, Seperti GIVI. Pengembaraan antarabangsanya
dimanfaatkan sebagai makmal bergerak, untuk mengkaji semula keutuhan produk yang sedia ada, dan juga menguji produk-produk yang masih dibangunkan, dalam senario dunia sebenar.

Konsep itu yang telah diterapkan oleh GIVI MALAYSIA.

GIVI MALAYSIA telah menganjurkan GIVI Media Ride 2017 pada 25 Julai hingga 26 Julai, yang bermula dari GIVI Point di Jalan Ipoh ke The Thistle Hotel, Port Dickson.

Ianya merupakan satu peluang yang hebat untuk menunggang bersama-sama kakitangan GIVI, termasuk orang-orang kuatnya. GIVI juga telah membekalkan setiap peserta dengan top box yang belum dilancarkan lagi, E32 Bold, lengkap dengan pautan dan sistem rak-nya, helmet full-face M50.2 Turismo (digelar Head Protection System atau HPS oleh GIVI), sut hujan tercanggih PRS01.AX, dan juga saku pinggang kalis air model terbaru RWB02.

Kami mendapat kejutan gembira apabila mengetahui yang kami merupakan 41 orang penunggang yang pertama menggunakan kotak E32 Bold 32-liter ini. Ia tampak hebat dari pandangan pertama, kerana in direka dalam bentuk yang lebih bersegi, seperti E43 MULEBOX yang telah dilancarkan pada tahun lalu. Walaupun E43 MULEBOX direka untuk kegunaan motosikal yang lebih besar, GIVI mencapai kejayaan (yang tidak sangkakan) dengan ramai pemilik kapchai yang memasangnya, mengilhamkan GIVI untuk mereka kotak E32 ini. E32 bercirikan panel dengan kemasan berwarna perak dan logo GIVI berwarna chrome
bagi memberikannya rupa yang mewah.

Dan ia tampak hebat di atas motosikal Kawasaki ER-6f penulis.

Mempunyai kotak di atas motosikal anda semestinya satu kemewahan, fakta yang kami sykuri apabila kami menyimpan barangan dan kelengkapan kami di dalamnya untuk keselesaan ketika tunggangan jarak jauh. Selain itu, ianya tempat terbaik untuk menyimpan sut hujan kami, kerana melainkan anda menunggang sebuah skuter, tiada ruang simpanan bawah pelana untuk motosikal besar atau kapchai anda.

Paginya bermula dengan cuaca yang terang dan panas, namun, bagaikan memenuhi suatu ramalan, ianya mulai hujan sebaik sahaja sebelum bermulanya konvoi itu. Hujan itu kemudiannya reda, tetapi kami dinasihatkan untuk mengenakan sut hujan untuk sebarang kemungkinan.

Kami dilepaskan sejurus selepas taklimat keselamatan oleh Encik Ismadi dan K.K. Penunggang motosikal besar, termasuk penulis, mengiringi motosikal yang lebih kecil pada kelajuan tidak melebihi 100km/j.

Kami berhenti di stesen Petronas Solaris, Serdang bagi isian semula tangki kami, sebelum kami berhenti sekali lagi di hentian R&R Seremban.

Pada ketika itu, hujan mulai turun semula. Ianya turun secara tiba-tiba dengan begitu lebat sekali, membuatkan para peserta bergegas mencari perlindungan di bawah bumbung stesen minyak Shell. Di sini, para peserta yang belum lagi mengenakan sut hujan masing-masing melakukannya dengan segera.

Jadi, seperti tunggangan kembara GIVI, kami terlibat dalam sesi ujian produk yang tidak dijangka. Hujan semakin lebat di sepanjang lebuh raya Seremban-PD. Hujan menghentam dengan kuat helmet, sut hujan dan kotak kami. Tahap penglihatan jatuh dengan mendadak dan kami tidak dapat melihat trafik dengan baik. Dan pada waktu sebegini, masih lagi terdapat pemandu kereta yang tidak menggunakan lampu hadapan mereka…


Kami akhirnya telah tiba di persimpangan Seremban-PD, dan hujan mulai reda pada ketika itu dan akhirnya berhenti. Semua peserta tiba dengan selamat kecuali bagi sebuah motosikal yang menghadapai masalah palam pencucuh yang dimasuki air.

Kami meneruskan perjalanan ke Eagle Ranch Resort untuk makan tengah hari.

Sut hujan melaksanakan tugasnya yang bagus sekali. Kami tidak dibasahi hujan langsung, begitu juga barangan kami yang berada dalam kotak. Penulis tidak menggunakan saku pinggang, tetapi mereka yang menggunakannya mengatakan barangan yang diletakkan dalamnya seperti dompet, telefon serta kotak rokok kekal kering. Bahagian dalaman helmet juga agak kering, satu kejutan memandangkan betapa lebatnya hujan yang turun!

 

Kami menuju ke dewan makannya dalam kasut yang basah (penulis sepatutnya beli but hujan di GIVI Point!), di mana kami disertai oleh sekumpulan pengunjung dari Taiwan yang berada di sini untuk satu pertandingan kung-fu!

GIVI telah menganjurkan aktiviti riang selepas makan tengah hari. Kami mendapat kesempatan untuk berlumba go-kart sesama sendiri! Orang-orang kuat GIVI bersama petugas mereka juga telah turut serta. Dalam dunia yang sering dimomokkan dengan berita buruk setiap hari, penulis belum pernah melihat sekumpulan orang yang bergelak tawa, menikmati keseronokan bersama-sama. Tahniah!

Sudah tiba masanya bagi kami meninggalkan Eagle Ranch, dan menuju ke penginapan kami, The Thistle.

The Thistle merupakan sebuah hotel yang mewah, dengan kolam renang yang dimegahkan sebagai yang terbaik di Port Dickson. Malahan, kolam untuk kanak-kanak juga ternyata hebat. Kami telah diperkenalkan dan dibawa melawat bas acara GIVI, yang berfungsi sebagai suite korporat dan pengangkut motosikal lumba ketika acara perlumbaan Cub Prix. Julian Loh telah menerangkan bahawa ianya merupakan tempat di mana banyak urusniaga penting telah dilaksanakan.

Kami diberikan waktu lapang sehingga 6 petang, sebelum GIVI mengadakan Sidang Akhbar. Peserta mengambil masa ini untuk membersihkan diri, meneroka persekitaran, menikmati kolam renangnya, atau hanya berehat selama beberapa jam.

Ketika Sidang Akhbar itu, GIVI Malaysia telah mengatur cara pameran produk terkini mereka, termasuklah beberapa helmet replika. Salah satu mempunyai kemasan Yuzy Racing Team, yang mana telah bekerjasama dengan GIVI Malaysia bertahun lamanya dan salah satu lagi diwarnai dengan warna pasukan LCR Honda MotoGP. Kami juga dapat menatap sejumlah model dan jenis kotak-kotak yang ada, selain daripada sut hujan, seperti mana yang telah kami alami sendiri pada awal hari berkenaan.

Sidang itu dikendalikan dengan jayanya oleh Encik Joseph Perucca, Pengarah Operasi Luar Negara GIVI; Encik On Hai Swee, Pengarah Urusan GIVI Malaysia; serta Cik Rozaida Ahmad Zaki, pereka E32 Bold dan E43 MULEBOX (antara rekaannya). Mereka amat arif mengenai produk mereka, segmen pasaran mereka, dan juga pasaran keseluruhan. Namun apa yang lebih mengagumkan adalah komitmen sepenuhnya kepada kualiti dan juga inovasi.

Terdapat bebitu banyak maklumat yang berguna yang disampaikan untuk kami dan juga pelanggan GIVI. GIVI telah berkembang secara berterusan selama ini dengan produk yang berkualiti tinggi. Kesemuanya telah dikaji secara mendalam dan dibina untuk tahan lama. (Nantikan ulasan kami pada masa akan datang)

 

Kami mengakhiri sidang akhbar berkenaan dengan jamuan makan malam BBQ di tepi kolam.

Kami mendaftar keluar pada keesokan harinya dan menuju pulang ke rumah masing-masing, gembira kerana memiliki top box GIVI dan menikmati keselesaan helmet M50.2 TURISMO.

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada kakitangan dan pengurusan GIVI MALAYSIA untuk acara yang hebat. Kami menikmati keseronokan dan juga telah belajar banyak perkara yang baru.

Teruskan bersama kami untuk transkripsi sidang akhbar serta ulasan produk GIVI!

Artikel Oleh Wahid Ooi Abdullah

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply