Honda Akan Menganjurkan Konvoi Honda Asian Journey Ke-Dua Merentasi Semenanjung Malaysia

 

  • Selepas kejayaan perjalanan Honda Asian Journey yang julung kalinya diadakan pada tahun lalu dari Thailand ke Litar Antarabangsa Sepang, Honda telah mengumumkan bahawa akan adanya konvoi buat kali ke-dua dirancang untuk tahun 2017.
  • Perjalanan tahun ini akan memberikan para peserta peluang untuk menguji beberapa motosikal berprestasi tinggi Honda seperti model CB500, CBR1000RR, Africa Twin, Goldwing dan sebagainya.
  • Honda Asian Journey 2017 sepanjang empat hari ini akan bermula dari 26 Oktober hingga 29 Oktober 2017 di mana para peserta akan menunggang dari Melaka hinggalah ke Genting Highlands sebelum turun kembali menuju ke Litar Antarabangsa Sepang untuk Pusingan MotoGP Malaysia.


Honda telah membuat satu pengumuman yang mengujakan yang menyatakan bahawa kumpulan syarikat Honda dalam rantau Asia dan Oceania akan menganjurkan Honda Asian Journey buat kali ke-duanya pada 2017. Untuk kali ini, mereka akan mengharungi pengembaraan sejauh 600km merentasi Semenanjung Malaysia dalam masa empat hari.

Konvoi Honda ini akan memulakan perjalanannya pada 26 Oktober 2017 dan akan menamatkannya pada 29 Oktober 2017 dengan hentian terakhir yang dirancang merupakan di Pusingan MotoGP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sama seperti tahun lalu. Acara tahun lalu menyaksikan sekitar 50 orang penunggang menyertai Honda Asian Journey yang diadakan buat julung kalinya dengan peserta dari Indonesia, Thailand, Vietnam, dan juga Malaysia.

Sama juga seperti tahun lalu, ke semua peserta akan mendapat peluang keemasan untuk mencuba beberapa buah model motosikal berprestasi tinggi Honda yang berbeza spenjang perjalanan empat hari berkenaan dengan model-model seperti rangkaian CB500, superbike CBR1000RR, rangkaian Africa Twin, dan motosikal super touring Goldwing.

Honda telah menyatakan bahawa laluan yang baru dirancang adalah dari Melaka menuju ke Bukit Tinggi dan Genting Highlands sebelum turun kembali menuju ke Litar Antarabangsa Sepang bagi antara acara perlumbaan motosikal terhebat di dunia sepanjang zaman, iaitu MotoGP.

Kumpulan syarikat Honda di rantau Asia dan Oceania yang akan menganjurkan Honda Asian Journey 2017 adalah seperti di bawah:

  • Asian Honda Motor Co., Ltd., ibupejabat serantau Honda bagi rantau Asia dan Oceania.
  • A.P. Honda Co., Ltd. (Thailand).
  • Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (Malaysia).
  • PT Astra Honda Motor (Indonesia).
  • Honda Vietnam Co., Ltd, (Vietnam).
  • Honda Philippines Inc. (Filipina).
  • Honda Motorcycle and Scooter India Pvt., Ltd. (India).
Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]