Yamaha NVX 2017 Dilancarkan! RM10,500 (Harga Asas Dengan GST)

 

  • Hong Leong Yamaha Motors (HLYM) Malaysia telah melancarkan motosikal Yamaha NVX 2017 untuk pasaran Malaysia.
  • Motosikal Yamaha NVX ini didatangkan dengan beberapa spesifikasi futuristik seperti panel meter LED sepenuhnya, sistem mulaan dan hentian, kefungsian Kunci Pintar, dan juga palam pengecas untuk peranti mudah alih.
  • Motosikal NVX serba baru yang berstatus EEV (Kenderaan Cekap Tenaga) ini dinilai pada harga RM10,500 (asas beserta GST) dan akan tersedia dalam tiga warna berbeza; Biru, Merah, dan Hitam.

Hong Leong Yamaha Motors (HLYM) Malaysia akhirnya telah melancarkan motosikal yang dinanti-nantikan ramai iaitu Yamaha NVX 2017 untuk pasaran Malaysia. Skuter canggih yang serba baru ini adalah penambahan terbaru bagi rangkaian skuter premium Yamaha dengan rupa paras yang ‘sporty‘ dan bergaya sekali.

Motosikal Yamaha NVX ini dilengkapi dengan penggayaan ‘sporty‘ yang premium yang mana akan menarik minat demografik yang lebih muda dan juga mereka yang berjiwa muda. Selain daripada rupa luarannya yang amat menarik hati, motosikal NVX ini didatangkan dengan bermacam-macam teknologi yang mampu menyaingi mana-mana skuter premium yang berada di dalam pasaran sekarang.


Salah satu perincian pada NVX yang telah mencuri tumpuan adalah panel meter digital 5.8 inci yang kelihatan seakan tablet yang amat canggih berbanding hanya sebuah sekadar sebuah panel meter motosikal. Ia dilengkapi dengan spesifikasi moden yang lain seperti palam soket elektrik dan ruang simpanan untuk mengecas dan menyimpan peranti mudah alih anda dengan mudah. Skuter ini juga didatangkan dengan lampu LED keseluruhan untuk kebolehlihatan tambahan tidak kira siang mahu pun malam.

Terdapat juga sistem “Start and Stop” yang mempertingkatkan lagi tahap kecekapan bahanapi skuter ini dan ia juga telah membantu menjadikannya sebagai skuter Yamaha yang pertama yang mendapat status EEV untuk skuter premium mereka. Ianya telah dikatakan bahawa Yamaha NVX terbaru ini mempunyai angka penggunaan bahanapi hanya serendah 2.2 liter/100km.

Satu lagi perincian hebat yang terdapat pada skuter NVX dan tidak pada skuter-skuter lain dalam kelasnya adalah sistem Kunci Pintar. Kesemua model NVX dilengkapkan dengan kunci fob yang membolehkan penunggang untuk menyimpannya dalam kocek dengan selamat tanpa perlu mengeluarkannya untuk memulakan enjin motosikal.

Bagi enjinnya pula, ia dilengkapi dengan enjin 155c, sejukan cecair, empat lejang, SOHC dengan Pendorongan Injap Bolehubah yang menghasilkan sejumlah 14.7hp pada 8,000rpm dan 13.8Nm tork pada 6,250rpm. Enjin ini secara teknikalnya sama seperti enjin NMax tetapi ia telah ditala untuk memberikan perwatakan yang lebih memecut menjadikannya sesuai untuk kegunaan tunggangan di bandar yang mempunya banyak lampu trafik.

Bagi kefungsian tambahan, skuter NVX ini juga dilengkapi dengan ruang simpanan bawah pelana 25-liter untuk menyimpan segala barangan dengan selamat dari keadaan cuaca buruk. Dari segi keselamatan, skuter ini didatangkan dengan pakej cakera brek hadapan besar yang sedia-ABS dan brek drum belakang untuk kawalan tambahan.

HLYM telah menetapkan harga bagi Yamaha NVX 2017 ini pada harga RM10,500 (asas beserta GST). Ia didatangkan dalam tiga warna berbeza; Biru, Merah, dan Hitam.

Selain itu, HLYM juga telah mngumumkan akan adanya satu perlumbaan ‘one-make’ digelar “Yamaha NVX Challenge” dengan pusingan pertamanya akan diadakan pada hujung minggu ini di pusingan Malaysian Cub Prix di MAEPS, Serdang.

Skuter ini juga akan membuat kemunculan yang julung kalinya pada hujung minggu ini pada 15 dan 16 Julai 2017 jadi pastikan anda mengunjungi khemah Yamaha untuk melihat sendiri jentera yang cukup indah ini.

Spesifikasi teknikal 2017 Yamaha NVX 155 Malaysia

Engine Type
Liquid Cooled, 4-Stroke, SOHC, VVA

Bore x Stroke
58mm x 58.7mm

Compression Ratio
10.5 : 1

Maximum Horsepower
11.0kW (14.75hp) @ 8,000rpm

Maximum Torque
13.8Nm @ 6,250rpm

Starting System
Electric Starter

Engine Oil Capacity
1.0L

Cylinders
Single Cylinder

Displacement
155cc

Lubrication System
Wet Sump

Fuel System
Fuel Injection

Ignition System
TCI

Clutch Type
Dry, Centrifugal

Tranmission Type
V-Belt Automatic
Frame Type
Underbone

Overall Length
1,990mm x 700mm x 1,125mm

Seat Height
791mm

Dry Weight
118kg

Fuel Tank
4.6L

Wheel Base
1,350mm

Min. Ground Clearance
142mm

Front Brake
Hydraulic Disc Brake

Back Brake
Drum Brake

Front Suspension
Telescopic

Back Suspension
Swing arm

Front Tyre
110/80-14M/C 53P

Back Tyre
140/70-14M/C 62P

Plug Type
NGK / CPR8EA9

 

Leave a Reply