Roadshow Shell Advance Bermula Hari Ini!

 

  • Roadshow Shell Advance 2017 bermula pada hari ini di Jalan Sentul dan akan meneruskan perjalanannya ke seluruh Semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan Sarawak dalam tempoh empat bulan.
  • Terdapat banyak aktiviti yang telah disediakan untuk para pengunjung termasuk acara permainan, hadiah serta tiket MotoGP untuk dimenangi serta peluang bergambar “Elbow Down Challenge”.
  • Roadshow ini juga akan mengadakan sesi ‘masterclass’ bagi para mekanik dan peminat motosikal berkenaan dengan produk Shell Advance yang hebat serta cara penyelenggaraan motosikal yang betul.


Shell Advance, peneraju bagi jenama minyak enjin motosikal di tanah air kita telah memulakan Roadshow ‘Shell Advance Outride Anything’ 2017 dan akan menjelajah ke beberapa lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan Sarawak bermula dari sekarang sehinggalah penghujung bulan Oktober 2017.

Hentian pertama bagi roadshow Shell Advance yang amat istimewa ini adalah persinggahan terkenal para penggemar motosikal di Jalan Sentul di mana anda dapat menemui berbagai barangan yang berkaitan dengan motosikal. Tujuan roadshow ini diadakan adalah untuk mendekati para penggemar motosikal di seluruh negara di mana mereka akan menganjurkan beberapa aktiviti yang hebat untuk membantu meningkatkan kesedaran mengenai cara penyelenggaraan motosikal yang betul dan juga memperkenalkan produk-produk Shell Advance yang hebat.

Roadshow Shell Advance ini akan membuat hentian di beberapa tempat termasuk pust membeli-belah, hypermarket dan juga bengkel. Bagi mereka yang mengunjungi roadshow ini akan memperolehi peluang untuk mencuba beberapa permainan dan aktiviti yang disediakan dan juga berpeluang untuk membawa pulang hadiah-hadiah menarik dari Shell Advance yang terdiri daripada beberapa keping tiket ke perlumbaan Shell Malaysia MotoGP 2017 di Litar Antarabangsa Sepang pada bulan Oktober di mana ia merupakan hentian terakhir roadshow ini.


Dengan pembelian mana-mana minyak pelincir Shell Advance anda berpeluang untuk mencuba pengsimulasi motosikal. Sepuluh masa terpantas akan memenangi dua keping tiket MotoGP di mana para pemenangnya akan diumumkan pada setiap bulan.

Jika itu tidak mencukupi untuk anda, bagi mereka yang membeli mana-mana minyak pelincir Shell Advance berpeluang untuk memenangi lima helmet buatan khas dari Shark Helmets. Para pemenang utama akan diumumkan pada penghujung roadshow ini pada bulan Oktober tahun ini.

Ingin beraksi bak seorang pelumba motosikal seperti Jorge Lorenzo dan Andrea Dovizioso dari pasukan MotoGP Ducati? Para pengunjung boleh merebut peluang bergambar keemasan ini dalam ‘Elbow Down Challenge” dengan sebuah motosikal Triumph Daytona 675 yang disediakan khas.

Roadshow Shell Advance ini bukan sahaja memberi manfaat kepada orang ramai dengan rangkaian meluas minyak motosikal yang disediakan, aktiviti dan juga permainan, tetapi, para mekanik dan penggemar motosikal juga dapat mengikuti program ‘masterclass’ di mana mereka dapat memperolehi maklumat penting mengenai penyelenggaraan motosikal yang dikelolai oleh mekanik berpengalaman.

Untuk bulan yang berikutnya, roadshow ini akan menuju ke lokasi-lokasi yang tertera di bawah:

14-15 Julai 2017 – Chin Tong, Jalan Gombak, Kuala Lumpur.

22-23 Julai 2017 – MH Jaya, Balakong Cheras.

27-28 Julai 2017 – Speed Cycle, Bandar Baru Sungai Buloh.

Untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai Shell Advance Outride Anything Roadshow 2017, kunjungi laman sesawang
www.shell.com.my/advanceroadshow.

Teruskan bersama kami di MotoMalaya untuk segenap berita dunia permotoran.

 

Leave a Reply