Pusingan Kelayakan Peringkat SEA BMW Motorrad Malaysia GS Trophy Dibuka Untuk Penyertaan

 

 

  • BMW Motorrad Malaysia menjemput semua pemilik BMW GS untuk menyertai Pusingan Kelayakan Asia Tenggara BMW Motorrad Malaysia GS Trophy 2017 yang akan berlangsung dari 12 hingga 13 Ogos 2017.
  • Pemenang bagi pusingan kelayakan dua hari itu akan mendapat peluang untuk mewakili Malaysia sebagai sebahagian daripada pasukan Asia Tenggara dalam pertandingan BMW Motorrad International GS Trophy di Mongolia pada 2018.
  • Pendaftaran dibuka sekarang hingga 12 Julai 2017. Kesemua pemilik BMW GS dijemput mendaftar dan menyertai pusingan kelayakan ini.


Perhatian kepada semua pemilik BMW GS! BMW Motorrad Malaysia ada satu cabaran yang khusus untuk anda. Bersempena dengan Pusingan Kelayakan Asia Tenggara BMW Motorrad Malaysia GS Trophy 2017, semua pemilik GS dijemput untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan ketahanan menunggang motosikal meliputi berbagai permukaan menunggang yang berbeza yang akan menguji kemahiran tunggangan kembara anda.

Sumber imej: www.offroadskills.com

Pusingan kelayakan bagi pertandingan motosikal kembara bertaraf dunia ini akan bermula pada 12 Ogos 2017 dan pemenangnya akan dipilih untuk mewakili Malaysia bersama dengan pasukan Asia Tenggara di pertandingan BMW Motorrad International GS Trophy di Mongolia pada tahun 2018 akan datang.

Pusingan kelayakan dua hari ini akan diadakan pada minggu kedua dalam bulan Ogos dari 12 hingga 13 Ogos 2017 bertempat di Litar MX Sepang. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai dan mempersembahkan kemahiran tunggangan kembara mereka boleh mendaftar bermula dari sekarang sehingga 12 Julai 2017. Tinggal hanya seminggu lagi masa untuk mendaftar jadi segeralah mendaftar sebelum anda terlambat.

Sumber imej: www.bmwmcmag.com

Pusingan kelayakan ini juga terbuka untuk dihadiri orang awam yang ingin menyaksikannya semasa tempoh dua hari berkenaan. Halangan menunggang yang ringan serta cabaran tunggangan kembara yang rumit akan menjadi acara utama pada Hari Pertama yang akan disusuli dengan jamuan malam BMW GS Trophy yang akan dihiburkan dengan musik dan juga pengumuman kelayakan untuk Hari Kedua.


Sumber imej: BMW Motorrad

Hari keduanya juga akan dipenuhi dengan cabaran untuk para finalis yang akan menghadapi halangan penunggangan yang lebih mencabar yang juga dibuka untuk tontonan orang ramai. Bagi memeriahkan lagi acara, akan terdapatnya beberapa model pilihan BMW Motorrad yang akan tersedia untuk tunggangan uji yang boleh diuji pada kedua-dua hari itu. Ianya masa yang sesuai sekali untuk merasakan dengan sendiri kehebatan rangkaian motosikal premium BMW Motorrad.

Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai Pusingan Kelayakan BMW Motorrad Malaysia GS Trophy 2017 ini dan juga mendaftarkan penyertaan anda, anda boleh layari laman sesawang rasmi mereka DI SINI.

Leave a Reply