Adakah Ini Ducati Panigale Yang Terakhir?

 

  • Ducati telah mengeluarkan sebuah video teaser yang bertajuk “When the End Tells the Whole Story” yang mempamerkan sebuah Ducati Panigale yang berkemungkinan menjadi evolusi yang terakhir sekali motosikal berkenaan.
  • Terpapar juga tarikh 7 Julai 2017 dalam video itu yang merupakan tarikh pusingan WorldSBK yang seterusnya di Laguna Seca yang mungkin menjadi tempat pengenalan kepada motosikal Panigale yang terakhir ini.
  • Tindakan ini juga serentak dengan pembangunan motosikal superbike janaan-V4 mereka yang telah dirancang untuk dikilangkan dan juga bertanding dalam siri WorldSBK bermula pada musim 2018.


Penghujung kisah gemilang Panigale semakin hampir menjadi realiti dengan pengeluar gergasi Itali itu bersiap sedia untuk memperkenalkan salah satu daripada anjakan paradigma terbesar mereka ke motosikal superbike janaan-V4 yang dinanti-nantikan. Walaupun kami belum benar-benar pasti sama ada ia benar atau sebaliknya, Ducati telah mempersembahkan sebuah video teaser yang tertumpu kepada sebuah Panigale dengan cogan kata “When the End Tells the Whole Story”.

Satu lagi bahagian yang penting dalam video ini adalah akan terdapat sebuah acara yang penting yang akan berlangsung pada 7 Julai 2017 di mana kami merasakan bahawa era motosikal superbike Ducati V-berkembar akan memberi jalan untuk motosikal superbike V-4 serba baru dan kami bukanlah merujuk kepada motosikal Ducati Desmosedici MotoGP yang diubah ke motosikal jalanan yang teramat jarang.

Ducati Desmosedici RR

Di mana kebanyakan daripada kita merasakan yang 1299 Panigale Superleggera sebagai persembahan terakhir dalam rangkaian Panigale, Ducati secara berterusan membuktikan yang sebaliknya namun kami mengagak yang mereka ingin memberi penghormatan yang sewajarnya kepada motosikal superbike yang paling berjaya pernah mereka bina. Cogan kata yang digunakan juga boleh diertikan yang ianya mungkin Panigale yang terakhir sekali.

Ducati 1299 Panigale Superleggera

Jika Panigale adalah salah satu daripada motosikal Ducati yang paling berjaya yang telah mereka bina, mengapakah mereka ingin menggantikannya? Jika dilihat pada tarikh yang tertera dalam video berkenaan, 7 Julai 2017 juga menandakan pusingan berikutnya siri WorldSBK yang akan diadakan di litar legenda Laguna Seca di mana siri perlumbaan ini akan menerapkan perubahan peraturan yang besar dalam masa beberapa tahun yang akan datang.

Ducati 1199 Panigale R dari siri WorldSBK

Memandangkan perlumbaan WorldSBK kini dengan jelas sekali dimonopoli oleh Kawasaki dengan Ducati jarang sekali dapat memenangi sebarang perlumbaan, Ducati perlu melakukan sesuatu yang besar untuk menjadikan mereka lebih berdaya saing dengan seteru Jepun mereka. Ura-ura mengenai Dorna yang ingin menyelaraskan berat bagi ke semua motosikal yang bertanding telah mendesak gergasi Itali itu untuk menghasilkan motosikal keluaran empat silinder.


Ducati 1299 Panigale Anniversario

Oleh kerana Ducati mempunyai pengalaman dan kebolehan untuk mnghasilkan motosikal janaan-V4 terutamanya yang diasaskan daripada motosikal lumba MotoGP mereka, kami yakin yang para peminat dan penggemar Ducati seluruh dunia pasti akan ternanti-nantikan versi keluaran ini. Pada andaian kami, motosikal ini mungkin sekali akan diperagakan pada hujung tahun ini semasa pertunjukan EICMA di Milan nanti.

Sebuah motosikal pengeluaran Ducati janaan-V4 kedengaran amat mengagumkan. Buat masa ini, nikmatilah video aksi 1299 Panigale Superleggera.

Leave a Reply