Program MV Agusta RVS Membuat Kemunculan Sulung Sedunia

 

  • Sebuah lagi video program MV Agusta RVS telah diperkenalkan kepada dunia semalam memperagakan Brutale 800 yang amat legap rupanya dan ditempah khas sepenuhnya.
  • Singkatan RVS membawa makna “Reparto Veicoli Speciali”, atau “Jabatan Kenderaan Khas”, atau “Operasi Kenderaan Khas”.
  • “Motosikal MV Agusta merupakan penjelmaan teknologi dan semangat yang diterap pada objek fizikal. Jadi, kami mengambil rekaan dari jabatan rekaan, serahkan kepada para jurutera dan mereka jadikannya sebuah objek yang berfungsi.”


Kira-kira sebulan yang lalu, MV Agusta telah mengeluarkan sebuah dengan maksud yang tersembunyi menonjolkan sebuah motosikal mengancam yang berlindung disebalik kegelapan bersama seorang tukang mesin mengukir huruf-huruf ‘RVS’ pada blok aluminium padat. Kami telah mengesahkan yang huruf- huruf RVS itu sebagai singkatan kepada “Reparto Veicoli Speciali’, atau “Jabatan Kenderaan Khas”, atau “Operasi Kenderaan Khas”.

Semalam, program istimewa RVS telah mendedahkan ciptaan pertama mereka sebagai sebahagian daripada inisiatif MV Agusta untuk menghasilkan dan membangunkan motosikal yang dibuat khas dalam jumlah yang besar. Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MV Agusta, Giovanni Castiglioni, “Konsep RVS telah dibangunkan sepenuhnya dalam kilang kami jadi kami telah mengumpulkan tenaga kerja yang terbaik seperti Adrian (Morton), pereka senior dan semua jurutera untuk membangunkan sesuatu yang benar-benar unik. Kami bukan sekadar membina motosikal, kami merencana pergerakan.”

Ianya juga telah dinyatakan oleh ketua bahagian rekaan, Adrian Morton, yang mereka telah diberi kebebasan kreatif sepenuhnya dalam menzahirkan ciptaan MV Agusta yang hebat terutamanya bagi program RVS ini. Bermula dengan buah fikiran yang kreatif yang timbul dari minda-minda bijak pereka senior, ianya diserahkan kepada jabatan kejuruteraan yang diketuai oleh Pengarah Teknikal MV Agusta, Brian Gillen.


“Motosikal MV Agusta adalah penjelmaan teknologi dan semangat yang diterap pada objek fizikal. Jadi, kami mengambil rekaan dari jabatan rekaan, serahkan kepada para jurutera dan mereka jadikannya sebuah objek yang berfungsi. Kami menggabungkan bersama semangat dengan perasaan dan kami hasilkannya menjadi sebuah motosikal yang dinamik,” Ujar Gillen apabila merujuk kepada program RVS itu.

Hasilnya? MV Agusta Brutale 800 yang kelihatan amat menggerunkan di mana ianya telah dilengkapkan dengan bahagian-bahagian khas secara menyeluruh. Bahagian kegemaran kami semestinya sistem Ekzos buatan khas SC Project yang diukir dengan huruf-huruf RVS. Rupa paras bagi motosikal projek / konsep mereka yang pertama ini bagaikan gabungan sebuah cafe racer dan scrambler yang dipakej dalam persona yang jahat.

Buat sementara ini kami masih belum pasti sama ada program RVS ini akan dibuka untuk orang awam, namun, MV Agusta telah berjaya menarik perhatian para penggemar motosikal di seluruh dunia. Dan memandangkan yang pengilang ini hampir-hampir menggulung tikarnya beberapa bulan yang lalu, program RVS ini tampak seperti dapat memartabatkan semula firma Itali ini di dalam industri permotosikalan buat sekian kali.

Sumber: MV Agusta

Leave a Reply