Isle of Man TT 2017 – Michael Dunlop Memenangi TT Senior Di Atas Jentera Terbaru Suzuki GSX-R

Sumber imej: MCN

 

  • Michael Dunlop telah memenangi perlumbaan terakhir TT Senior di Isle of Man TT 2017 semalam di atas jentera barunya Suzuki GSX-Rnya.
  • Dengan Ian Hutchinson yang telah terbabas pada Pusingan 2 dan menyebabkan perlumbaan dihentikan sementara, Dunlop mengambil peluang itu dan membuat pertukaran yang perlu pada aturcara motosikalnya yang membolehkannya memenangi perlumbaan TT mutlak itu.
  • Peter Hickman (Smiths BMW) dan Dean Harrison (Silicone Engineering Kawasaki) sekali lagi merangkul tempat di atas podium dengan kedudukan kedua dan ketiga.

Sumber imej: MCN

Michael Dunlop merangkul kemenangan TT ke-16nya di perlumbaan premier Isle of Man TT 2017, Senior TT. Bukan sahaja dia memenangi perlumbaan paling diingati bagi keseluruhan siri Tourist Trophy, dia melakukannya semalam di atas jentera serba barunya, Suzuki GSX-R.

Sumber imej: Ultimate Motorcycling

Sepanjang dua minggu di Haluan Gunung yang cukup tersohor itu, dua nama yang sering menjadi sebutan adalah Michael Dunlop dan Ian Hutchinson. Dengan dua kemenangan terkini Hutchinson dalam perlumbaan Superstock dan Superbike, Ianya kelihatan seperti kedua-dua mereka akan bertarung untuk sekelian kali.

Harapan untuk menyaksikan pertarungan yang dinanti-nantikan itu berkecai apabila Ian Hutchinson terjatuh pada Pusingan 2 dan mereanpkan impiannya untuk mendapatkan mahkota premier TT 2017. Dia telah diterbangkan ke hospital dengan sebuah helikopter dengan kecederaan patah pada tulang femurnya tetapi dalam keadaan yang stabil. Kemalangan itu menyebabkan perlumbaan dihentikan sementara waktu dan ini memberikan Dunlop peluang keemasan untuk menukar penyerap hentakan belakang yang baru pada GSX-Rnya dan ini membolehkannya memenangi perlumbaan ini.

Penukaran aturcara motosikalnya ketika waktu hela perlumbaan itu memberikan Dunlop kelebihan yang besar apabila dia melintasi garisan penamat di hadapan penunggang di tempat kedua, Peter Hickman. Penunggang bagi Smith’s BMW itu menamatkan perlumbaannya di tempat kedua dengan jarak masa melebihi 13 saat di atas jentera BMW S1000RRnya.

Peter Hickman

Dean Harrison telah berjaya mendapatkan satu lagi tempat di atas podium dengan jentera Silicone Engineering Kawasaki ZX-10Rnya. Harrison melintasi garisan penamat di tempat ketiga dengan jarak masa melebihi 10 saat di belakang Peter Hickman. Dengan tamatnya perlumbaan Senior TT, ia menandakan berakhirnya dua minggu yang cukup menarik penuh dengan aksi di Haluan Gunung yang menjadi lagenda itu.


 

Leave a Reply