Sah: Thailand Akan Menganjurkan MotoGP Pada 2018!

Sumber Imej: virtualr.net

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Thailand telah mengesahkan yang mereka akan mula menganjurkan perlumbaan MotoGP untuk tiga tahun bermula pada 2018.
  • Perjanjian ini telah dimeterai antara Sports Authority of Thailand (SAT) dan Dorna hujung minggu lalu semasa satu perjumpaan di Itali.
  • Pusingan MotoGP Thai akan diadakan dari 5 hingga 7 Oktober 2018.

Sumber imej: MotoGP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Menurut satu laporan yang dibuat oleh Bangkok Post, agensi Sports Authority of Thailand (SAT) dan Dorna telah mencapai persetujuan yang akan menyaksikan Thailand menganjurkan perlumbaan MotoGP untuk tiga tahun bermula tahun 2018. Kedua-dua belah pihak ini telah mencapai kata putus ini dalam satu pertemuan yang diadakan pada hujung minggu lalu di Itali.

Sumber imej: Buriram Times

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pusingan MotoGP Thailand ini akan diadakan dari 5 hingga 7 Oktober 2018 dan dikatakan akan dianjurkan di Litar Antarabangsa Buriram. Litar perlumbaan ini telah pun menganjurkan beberapa perlumbaan berprofil tinggi antaranya Kejohanan Lumba Jalanraya Asia (ARRC) dan juga WorldSBK.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh yang ditetapkan ini juga bermakna yang perlumbaan di Thailand ini akan diadakan sebelum tiga pusingan ‘flyaway‘ yang akan berlangsung di Malaysia, Jepun, dan Australia. Menurut SAT, pegawai dari Dorna akan menghantar surat pengesahan rasmi untuk memaktubkan perjanjian ini tetapi mereka merasakan yang ianya sudah pun terbuku.

Sumber imej: MotoGP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Laporan ada mengatakan bahawa dua daripada tiga tempat perlumbaan MotoGP baru yang disarankan (Thailand, Finland, dan Kazakhstan) telah pun dimeterai tetapi mereka juga menyatakan bahawa bagi tahun hadapan, akan ada 20 pusingan keseluruhannya. Ini bermakna salah satu daripada acara perlumbaan yang sedia ada akan dikeluarkan dari jadual memandangkan sudah terdapat 18 pusingan perlumbaan untuk tahun ini.

Sumber imej: MotoGP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Buat masa ini, kami tidak dapat pastikan lagi pusingan manakah yang akan dikeluarkan dari kalendar musim 2018, namun dengan pasti kami dapat nyatakan bahawa tiga tambahan terkini ini akan menambahkan lagi lebih keseronokan dan drama dalam perlumbaan bagi kesemua penunggang, pasukan serta untuk para peminat seluruh dunia, terutamanya peminat di Asia.

Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk segenap berita dunia permotoran.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]