Siapakah Penunggang GP Pertama Malaysia?

  • Dengan lebih ramai penunggang-penunggang dari Malaysia bertanding di peringkat antarabangsa di seluruh dunia, sudah tentu kita tertanya-tanya siapakah penunggang GP pertama Malaysia.
  • Terdapat ramai warga Malaysia yang telah bertanding di perlumbaan GP nasional dan juga serantau semenjak tahun 60-an hingga 80-an, seperti pelumba legenda Oh Kah Beng dikenali sebagai “Foreman Oh” dan Kuan Huah Chin dikenali sebagai “Bulldog Kuan”.
  • Penunggang GP moden pertama tidak lain dan tidak bukan, Shahrol Yuzy, yang memulakan kerjaya GP antarabangsanya pada tahun 1996 dan bersara pada tahun 2002.

Hafizh Syahrin

 

Sejak akhir-akhir ini, kejayaan warga Malaysia telah mendapat lebih perhatian terutamanya dalam arena perlumbaan motosikal. Buat masa ini, kita mempunyai tiga orang wakil yang bertanding di peringkat tertinggi perlumbaan jalan atau litar, MotoGP.

Khairul Idham Pawi (Sumber imej: MotoGP)

Mereka-mereka ini sudah semestinya tidak lain dan tidak bukan, Adam Norrodin (SIC Racing Team) yang bertanding dalam kelas 250cc Moto3, Khairul Idham Pawi (IDEMITSU Honda Team Asia) dan Hafizh Syahrin (Petronas Raceline Malaysia) yang sedang bertanding dalam kategori 600cc Moto2.

Adam Norrodin (Sumber imej: Drive M7 SIC Racing Team)

Dengan begitu ramai anak muda mengharumkan nama negara dan memperdengarkan ‘Negaraku’ di serata dunia, timbul persoalan siapakah penunggang GP pertama negara yang telah berlumba di peringkat antarabangsa.

Shahrol Yuzy ketika Malaysian MotoGP 2002 (Sumber imej: MotoGP)

Beberapa legenda perlumbaan negara seperti Oh Kah Beng atau lebih dikenali sebagai “Foreman” dan juga Kuan Huah Chin atau “Bulldog Kuan” telah mencipta nama di perlumbaan GP peringkat negara dan juga rantau Asia sejak tahun 60-an hingga 80-an, namun tidak dapat disangkal lagi, Syahrol Yuzy adalah penunggang GP moden pertama negara (gambar di atas).

Oh Kah Beng bertarung menentang Keiji Kinoshita di Batu Tiga,1980. (Sumber imej: Facebook)

TEKAN SINI untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai Oh Kah Beng atau “Foreman” di laman Bikes Republic.

Shahrol Yuzy semasa Malaysian MotoGP 2002 (Sumber imej: MotoGP)

Dilahirkan pada 1976 di Teluk Intan, Perak, Syahrol mula berlumba dalam siri GP pada tahun 1996 ketika dia berusia 20 tahun tetapi sebelum itu, dia telah pun mencapai keputusan yang hebat dalam beberapa perlumbaan yang diluluskan oleh FIM seperti Asian Road Racing Championship, Spanish Championship, dan European Road Racing Championship.

Sumber imej: Yamaha Motor

Syahrol Yuzy yang kini bergelar pemilik pasukan Givi Honda Yuzy Racing yang bertanding di siri Petronas AAM Malaysian Cub Prix, mula berlumba di perlumbaan grand prix antarabangsa pada tahun 1996. Bertanding dalam kelas 250cc, dia telah berjaya memperolehi wildcard entry bagi Malaysian GP 1996 dan satu lagi kemunculan wildcard dalam kategori 125cc untuk tahun berikutnya.

Sumber imej: Yamaha Motor

Setelah kemunculan wildcard-nya, Syahrol telah diserap masuk ke Petronas Sprinta Yamaha TVK selama tiga musim dan berlumba dalam kategori 250cc. Dari tahun 2000 hingga 2002, dia berjaya meraih mata dalam 15 perlumbaan berbeza, mengemudi jentera Yamaha YZR250-nya. Pencapaiannya yang terbaik adalah tempat kelapan di GP Catalunya pada tahun 2002.

Givi Honda Yuzy Racing (Sumber imej: Malaysian Cub Prix)

Ada sesetengah berkata yang tempoh tiga tahun itu agak singkat dalam perlumbaan GP namun Syahrol telah pun berhasrat untuk mengundurkan diri pada 2002 dengan satu tekad yang murni; untuk memupuk bakat penunggang muda dalam siri Malaysian Cub Prix, bertindak sebagai mentor, jurulatih dan sebagai inspirasi bagi mereka dalam arena perlumbaan negara. Sesungguhnya penglibatannya dalam arena motosikal negara pasti mendatangkan banyak kebaikan di samping sebagai pembakar semangat buat anak-anak muda yang bakal mengharumkan nama negara pada suatu hari nanti. Syabas diucapkan kepada Syahrol, dan teruskan perjuangan anda!

Sumber imej: Malaysian Cub Prix

Untuk mengetahui tentang perkembangan pasukannya, TEKAN SINI untuk mengunjungi laman sesawang Malaysian Cub Prix.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]