Teaser MV Agusta RSV Terbaru Dikeluarkan – Adakah Ini Brutale 1200 Terbaru?

  • MV Agusta telah mengeluarkan satu set singkapan memperagakan motosikal terbaru yang sedang menghendap dari bayangan dengan huruf-huruf “RVS” terpahat pada blok aluminium.
  • “RVS” disini bermaksud ” Reparo Veicoli Speciali” yang boleh diterjemahkan sebagai “Bahagian Kenderaan Khas” atau “Operasi Kenderaan Khas”.
  • Ianya telah dinyatakan pada awal tahun ini bahawa firma ini sedang dalam usaha membangunkan Brutale empat silinder 1,200cc yang berpotensi menjadi motosikal yang telah ditunjukkan dalam video ini.


MV Agusta dengan rasminya telah menerbitkan satu video pendek yang mengujakan beberapa hari yang lalu. Dalam sebuah video ringkas yang sepanjang 37 saat, boleh dilihat bahawa huruf-huruf “RVS” telah dimesinkan ke atas sebuah blok aluminium pejal yang bermaksud “Reparo Veicoli Speciali”, yang boleh diterjemahkan sebagai “Bahagian Kenderaan Khas” atau ” Operasi Kenderaan Khas”.

Tidak banyak yang dapat dilihat dari video ini selain daripada apa yang kelihatan seperti sebuah Brutale yang telah diolah semula, bersembunyi di sebalik bayangan (yang kelihatan agak mirip dengan Dragster Blackout dalam gambar dibawah). Kami juga telah membuat kesimpulan bahawa MV Agusta mungkin akan menawarkan program modifikasi khas bagi mereka yang ingin memiliki Brutale terbaru yang akan tiba ini.

Hanya beberapa bulan yang lalu, MV Agusta telah mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan sebuah motosikal baru bagi tahun 2017 dan dua lagi model pada tahun yang berikutnya. Telah dimaklumkan juga bahawa mereka sedang dalam usaha pembangunan Brutale empat silinder 1,200cc yang sepatutnya membuat kemunculan pada EICMA 2016 tetapi tidak kunjung tiba.


TEKAN SINI untuk membaca tentang pelan MV Agusta mengeluarkan tiga motosikal terbaru bagi 2017 dan 2018.

Sebaliknya, MV Agusta telah mempamerkan tiga motosikal baru di EICMA 2016; Brutale 800RR, Brutale Dragster SC dan Turismo Velocre RC. Tiada satu pun yang kelihatan seperti motosikal yang terdapat dalam video dengan mesej tersembunyi yang telah dimuatnaikkan oleh pengilang Itali ini beberapa hari yang lalu.

TEKAN SINI untuk melihat sendiri apa yang telah mereka pamerkan pada EICMA tahun lalu di Milan, Itali.

Walau apa pun sebabnya, idea modifikasi mengikut citarasa pemilik bagi motosikal MV Agusta yang akan tiba ini mempunyai potensi untuk memberikan keuntungan yang besar bagi mengstabilkan kembali aliran tunai firma ini. Mari kita tunggu dan lihat jika ianya berkesan kerana semestinya ianya akan menjadi lebih menarik lagi.

Kekal setia bersama MotoMalaya untuk segenap berita dunia permotoran.

Leave a Reply