BMW Motorrad Dedahkan Harga Bagi BMW G310R 2018 dan K1600GTL – RM20,534* dan RM110,647*

BMW G 310 R (K03)

  • BMW Motorrad telah mendedahkan harga terkini bagi empat model 2018 mereka; K1600B Bagger, K1600GT, K1600GTL dan juga yang dinanti-nantikan, G310R.
  • Walaupun BMW Motorrad Malaysia telah pun mengeluarkan harga bagi K1600B Bagger dan K1600GT, ini merupakan kali pertama kita melihat harga bagi pasaran Amerika Syarikat untuk K1600GTL dan G310R.
  • BMW K1600GTL dan G310R ditetapkan pada harga $25,595 (sekitar RM110,647) dan $4,750 (sekitar RM20,534)*.

*Harga yang dinyatakan adalah untuk pasaran Amerika Syarikat selepas pertukaran tanpa cukai, insurans serta GST.


BMW Motorrad akhirnya telah mendedahkan harga rasmi bagi empat daripada model 2018 mereka termasuklah dua model yang tidak pernah diletakkan sebarang harga sebelum ini. Harga saranan bagi tiga daripada model 2018 mereka dalam Amerika Syarikat adalah seperti berikut (nota: harga yang dinyatakan adalah pertukaran terus tanpa tambahan cukai, insurans atau GST):

BMW G310R 2018 – $4,750 (RM20,534)

BMW K1600B Bagger 2018 – $19,995 (RM86,438)

BMW K1600GTL 2018 – $25,595 (RM110,647)


Seperti yang kita telah sedia maklum, Bmw Motorrad Malaysia hanya telah mengesahkan harga bagi BMW K1600GT 2018 seperti di atas pada harga RM159,900 (asas beserta GST), namun tiada lagi berita mengenai tiga lagi model untuk pasaran tanah air kita.


 

TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai BMW K1600GT 2018.

TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai BMW K1600B Bagger 2018.

TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai BMW G310R 2018.

TEKAN SINI untuk melihat apa yang diperagakan BMW Motorrad di EICMA 2016 di Milan, Itali.

Setakat ini, tiada lagi perkembangan tentang bila motosikal-motosikal ini akan boleh didapati di pasaran Malaysia, atau pun harganya. Namun begitu, kami tetap merasakan yang JIKA mereka membuat percaturan yang bijak dengan meletakkan harga yang berpatutan, motosikal G310R pasti akan menjadi rebutan
ramai.

Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk segenap berita dunia permotoran.

Leave a Reply