Boon Siew Honda mengemaskini Honda CBR250R untuk 2017 dengan grafik dan warna baru – RM 21,940.94 (Black) to RM 22,258.94 (Millennium Red, Lemon Ice Yellow) termasuk GST

Boon Siew Honda (BSH) melancarkan Honda CBR250R (bukan CBR250RR ya!) Baharu hari ini. CBR250R terbaru dalam tahun 2017 ini mengabungkan semua kualiti jentera 250CC siri CBR seperti prestasi tinggi, dinamik pengendalian intuitif dan mudah terkawal.


CBR250R Baharu ini amat sesuai bagi sesiapa, dari penampilan santai ke bergaya, yang ingin menjimatkan masa dan wang. Penunggang pasti akan tertarik oleh pengendalian yang mudah, enjin berkuasa dan casis yang kompak.  


Enjin 1-silinder DOHC 4-injap CBR250R menyampaikan prestasi yang memberangsangkan sebanyak 20.2kW (27.08hp) @ 8,500 rpm, 23.3Nm @ 7,500 rpm bagi kuasa putaran yang mencukupi.

Ekzos CBR250R datang dengan jumlah dalaman yang lebih besar menambah kepada gaya dengan
nada ekzos yang lebih matang.


Enjin satu silinder CBR250R menawarkan banyak manfaat. Oleh kerana bilangan bahagian yang direka ringkas dan padat kepada tahap minima, pembakaran bahan api yang lebih cekap, dan aspek-aspek kecil seperti gelang omboh geseran rendah dan palam pencucuh Iridium
banyak membantu dalam mengurangkan kos penyelenggaraan.


Keringkasan mekanikal enjin juga mengurangkan kos penyelenggaraan – satu lagi elemen penting dalam mewujudkan pengalaman yang bebas daripada kebimbangan. Saiznya yang kecil juga membantu mewujudkan sebuah motosikal yang lebih ringan dan lebih terkawal
daripada berbilang silinder, dan membolehkan ia diletakkan dengan sempurna di dalam casis untuk pengagihan berat depan / belakang seimbang.


CBR250R Baharu ini ditawar dalam tiga warna baharu: Hitam, Merah ‘Millennium’ (Millennium Red),dan Kuning “Lemon Ice” (Lemon Ice Yellow). Harga yang disyorkan bermula daripada RM 21,940.94 (Hitam) hingga RM 22,258.94 (Merah ‘Millennium’ dan dan Kuning “Lemon Ice”)
termasuk GST tetapi tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.


Model tersebut juga didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu).
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan CBR250R Baharu ini, sila layari
www.boonsiewhonda.com.my atau laman Facebook:
www.facebook.com/HondaMotorcyclesMalaysiaBoonSiewHonda. Atau hubungi talian pelanggan 1800-88-3993 (Isnin ke Jummaat, 8pg hingga 5ptg. Tidak termasuk cuti umum).

Leave a Reply