Harley Davidson Sahkan 100 Model Terbaru Dan Salah Satunya Adalah Motosikal Elektrik!

 

 

  • Harley Davidson telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan sekitar 100 model baru dalam masa 10 tahun termasuk sebuah motosikal elektrik pengeluaran.
  • Menurut Bill Davidson, cruiser elektrik terbaru ini akan mempunyai bunyi karakteristik yang sama seperti enjin kuasa petrol mereka yang unik dan ikonik.
  • Cicit kepada pengasas Harley Davidson ini juga menyatakan bahawa mereka akan mengeluarkan seluruh rangkaian motosikal elektrik sebagai sebahagian daripada 100 model terbaru dalam dekad yang mendatang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Berdasarkan laporan yang dibuat oleh Autoblog.com, Harley Davidson akhirnya telah mengesahkan bahawa mereka akan muncul dengan sekurang-kurangnya 100 model baru dalam rancangan 10 tahun terkini yang juga mengandungi rancangan mengilangkan motosikal elektrik keseluruhan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hanya tiga tahun yang lalu Harley Davidson telah memperkenalkan kepada dunia motosikal prototaip Livewire yang membakar semangat namun peristiwa gembira itu tidaklah berpanjangan apabila mereka mengumumkan bahawa motosikal Livewire tidak akan dikilangkan. Sebaliknya, Harley janaan elektrik itu membuat lawatan sekeliling dunia sebagai sebahagian daripada “Project Livewire Experience Tour” syarikat itu.

TEKAN SINI untuk membaca dengan lebih lanjut artikel dari Bikesrepublic.com mengenai pengalaman mereka dengan motosikal Livewire itu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kunjungan itu bertujuan untuk memperagakan kemungkinan motosikal Harley Davidson yang dijana sepenuhnya dengan elektrik. Ianya juga diadakan bagi mendapatkan maklumbalas berguna daripada sejumlah penunggang, penggemar dan pakar-pakar permotoran lyang berbeza. Selepas beberapa tahun mengumpul data yang berguna, kita boleh mula menghitung hari kemunculan motosikal janaan elektrik sepenuhnya keluaran Harley Davidson.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Menurut Bill Davidson, Presiden Muzium Harley Davidson dan juga cicit kepada pengasas syarikat, William Davidson, runut bunyi keseluruhan cruiser elektrik yang akan datang ini memainkan peranan yang penting dalam pembangunannya. Telah dinyatakan bahawa motosikal elektrik ini akan mempunyai bunyi ikonik yang sama seperti Harley Davidson yang dijana enjin kuasa petrol.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Kami telah mengkaji saingan kami, dan memahami apa percaturan mereka, dan kami tidak mahukan motosikal elektrik yang berbunyi seperti biasa. Kami mahukan sesuatu yang seiring dengan formula rupanya dan bunyinya. Ianya sesuatu yang amat bergaya. Saya sering kali menyamakannya dengan bunyi pesawat pejuang.”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dia juga menyatakan bahawa ianya bukan hanya satu model motosikal elektrik sahaja tetapi serangkaian yang akan ditonjolkan sebagai sebahagian daripada 100 model mereka dalam dekad yang akan datang. Nampaknya masa hadapan Harley Davidson tampak begitu gemilang sekali.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Berminat untuk memiliki model cruiser Harley Davidson? TEKAN SINI bagi melihat kesemua model yang terdapat di tanah air kita di laman eksklusif Bikesrepublic.com Bike Buyer’s Guide!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]