Roadshow Pandu Uji Kawasaki Menggegarkan Stadium Melawati, Shah Alam

 

 

 

  • Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) telah memulakan roadshow pandu uji Kawasaki dinamakan roadshow “Always Closer to You”.
  • Ribuan penggemar dan peminat Kawasaki telah menghadiri roadshow pertama mereka bagi 2017 di Bulatan Bazarena, Stadium Melawati yang terletak di Shah Alam, Selangor pada hujung minggu lalu.
  • Hadirin telah mendapat peluang untuk memandu uji beberapa model Kawasaki termasuklah kesemua model terkini 2017; Z900ABS,Z650 ABS. Ninja 650 ABS dan Versys-X 250.


Ribuan penggemar serta peminat Kawasaki dari jauh dan dekat telah membanjiri Bulatan Bazarena, Stadium Melawati, Shah Alam pada hujung minggu lalu. Sebagai salah satu daripada inisiatif untuk mendekatkan diri dengan orang ramai, Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) telah menganjurkan roadshow istimewa ini yang dinamakan roadshow “Always Closer to You”.

TEKAN SINI bagi membaca ulasan kami mengenai kedua-dua model Kawasaki Ninja 650 ABS dan Z650 ABS.

Faktor paling mengujakan dalam roadshow ini sudah semestinya peluang bagi kesemua peminat dan bakal pemilik motosikal Kawasaki untuk mencuba rangkaian produk Kawasaki termasuklah empat model terbaru yang dilancarkan pada 2017. Model-model ini adalah Kawasaki Versys-X 250, Kawasaki Ninja 650 ABS, Z650 ABS dan semestinya si cantik Z900 ABS.


TEKAN SINI untuk membaca ulasan kami mengenai Kawasaki Z900 ABS dan juga Versys-X 250.

Bagi kesemua mereka yang telah mendaftar untuk sesi pandu uji, mereka dapat merasakan sendiri betapa hebatnya model-model terbaru ini, dari model Z900 ABS yang cukup berkuasa sehingga model Z650 ABS yang meluncur dengan begitu lancar. Satu litar uji direka khas telah disediakan oleh Kawasaki Motors Malaysia bagi membolehkan para peserta merasai dengan sendiri betapa hebatnya kesemua model-model terkini mereka.

Para hadirin yang telah membawa motosikal Kawasaki mereka sendiri juga dapat menikmati perkhidmatan servis oleh mekanik berkemahiran tinggi dari Pusat Servis Eksklusif Kawasaki (Kawasaki Exclusive Service Centre – KESC) dengan semua kos upah ditanggung oleh KMSB.

Syarikat-syarikat lain yang turut serta adalah seperti Alpinestars Malaysia, Shoei Malaysia dan juga Bridgestone Malaysia turut memeriahkan suasana dengan mempamerkan segala barangan keluaran masing-masing untuk jualan dan juga memberikan perkhidmatan mereka di samping menawarkan pakej-pakej yang mengujakan bagi kesemua para hadirin roadshow Kawasaki ini. Malah, AEON Credit Services dan Tokio Marine Insurances juga turut hadir untuk menawarkan nasihat dan juga produk mereka bagi mereka yang ingin mendapatkan motosikal Kawasaki yang sedang ditawarkan.

Dengan segala usaha yang dilakukan oleh Kawasaki Motors Malaysia, roadshow ini bersama dengan mottonya “Always Closer to You” sudah semestinya merapatkan jalinan hubungan antara pengeluar ini dengan para peminatnya bagi memperagakan rangkaian lengkap motosikal mereka kepada para penunggang dari berlainan kemahiran, gaya serta latar belakang yang ingin untuk “let the good times roll”.

Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai Kawasaki dan roadshow “Always Closer to You” mereka dan bila mereka akan tiba di kawasan berhampiran anda, anda bolehlah melawat laman sesawang rasmi Kawasaki Motors (Malaysia) atau laman Facebook mereka.

Inginkan sebuah motosikal Kawasaki anda sendiri? TEKAN SINI untuk mengunjungi laman eksklusif Bikesrepublic.com Bike Buyer’s Guide bagi melihat semua motosikal Kawasaki yang terdapat di pasaran Malaysia.

Galeri Roadshow Kawasaki “Always Closer to You”

Leave a Reply