Roadshow Kawasaki Malaysia Menawarkan Pandu Uji Percuma Dan Hadiah-Hadiah Percuma Yang Lain – Diadakan Pada Ahad Ini!

 

 

Berita baik buat para pemilik dan juga penggemar Kawasaki! Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) akan mengadakan satu ‘roadshow’ pandu uji serta kempen penyelenggaraan untuk semua penggemar Kawasaki dan juga pemilik. Acara istimewa ini akan diadakan pada hari Ahad ini (14 Mei 2017) di Bulatan Bazarena, Stadium Melawati Shah Alam dari jam 10 pagi sehingga 6 petang.

Acara ini bergelar Kawasaki “Always Close to You”, dan KMSB juga akan mempersembahkan model terbaru 2017, termasuk model terkini Kawasaki Z650 ABS, Z900 ABS serta Versys-X 250. Para peminat, pemilik dan bakal pemilik akan diberikan peluang untuk memandu uji model-model berkenaan untuk mendapatkan pengalaman.

Kawasaki Z900 2017

KMSB akan menyediakan satu litar yang diatur khusus untuk membolehkan para penunggang untuk menguji ketangkasan, pengendalian, dan keserbabolehan kesemua model terkini dari Kawasaki.

Bagi para pemilik motosikal Kawasaki pula, kesemua penunggang Kawasaki ini akan diberikan peluang untuk mendapatkan khidmat selenggaraan motosikal mereka semasa acara ini tanpa caj upah. Khidmat ini akan dijalankan oleh para petugas yang berkemahiran tinggi dari Pusat Khidmat Eksklusif Kawasaki (Kawasaki Exclusive Service Centre-KESC) Glenmarie.


KMSB juga telah merancang beberapa aktiviti-aktiviti lain dengan rakan usahasama mereka, Nestle Malaysia yang akan menawarkan minuman Nescafe percuma bagi pecinta kopi sementara rakan usahasama yang lain dari Alpinestar Malaysia, Shoei Malaysia dan Bridgestone Malaysia akan mempamerkan dan menawarkan produk rangkaian masing-masing. AEON Credit Services dan juga Tokio Marine Insurance akan berada di acara ini untuk memberikan nasihat serta menawarkan produk mereka kepada para pelanggan.

Aktiviti ‘roadshow’ ini merupakan sebahagian daripada program KMSB untuk mendekati para pelanggan dan juga orang ramai. Peminat Kawasaki boleh mendapatkan perkembangan terkini disini dari KMSB dimana mereka telah mengaturkan beberapa lagi ‘roadshow’ untuk masa akan datang. Ini adalah sebahagian daripada komitmen KMSB untuk menyediakan pengalaman pelanggan terbaik sejajar dengan motto ‘roadshow’ mereka, Roadshow Pandu Uji Kawasaki “Always Close to You”

Acara : Roadshow Pandu Uji Kawasaki – “Always Close to You”
Tarikh : !4 Mei 2017, 10pagi hingga 6petang
Tempat : Bulatan Bazarena, Stadium Melawati, Shah Alam

Leave a Reply