Ducati Bakal Dibeli Oleh Royal Enfield?

  • Syarikat pengeluar motosikal India, Royal Enfield diwar-warkan telah dirisik sebagai salah satu syarikat untuk mengambil alih Ducati.
  • Semenjak skandal emisi diesel Volkswagen pada tahun 2015. syarikat itu telah mengupah Evercore untuk mencari pembeli yang berpotensi untuk pengeluar motosikal gergasi merah itu.
  • Harga jualan syarikat itu itu boleh mencecah lebih daripada €1.5 billion (kira-kira RM7.1 Billion).


Salah satu jenama terbesar dalam sejarah permotosikalan telah menarik minat sebuah syarikat dari India, Royal Enfield. Semenjak tersebarnya berita bahawa Volkswagen Group merancang untuk melepaskan jenama motosikal Itali itu, khabar angin yang Royal Enfield adalah salah satu daripada syarikat yang didekati sebagai syarikat yang akan mengambil alih jenama gergasi merah Itali itu.

Semenjak skandal emisi besar yang mengaibkan pada 2015, Volkswagen telah mengalami kerugian besar dan kini telah mendapatkan khidmat firma pelaburan perbankan Evercore untuk menaksir semula dalam penjualan jenama Ducati. Jika berjaya, penyerahmilikan kepada pemilik baru akan meraih untuk mereka sejumlah €1.5 Billion (kira-kira RM1.7 Billion).

Royal Enfield, di bawah Eicher Motors adalah salah satu jenama motosikal terbesar dan membangun di India dan juga rantau lain termasuk Eropah, Amerika Utara dan Asia. Khabar angin telah tersebar mengenai keinginan mereka mendapatkan Ducati sebagai milik mereka namun tiada siapa yang dapat mengesahkan atau memberi komen tentang topik hangat ini lagi.


Walau apa pun, Ducati sudah pasti satu jenama yang dapat menghasilkan jualan yang besar dengan angka melebihi €593 million (sekitar RM2.8 Billion) pada tahun 2016. Dengan lebih daripada 50,000 model terjual seluruh dunia tahun lalu, jenama ini masih lagi menikmati peningkatan tahunan yang stabil dan juga sihat.

Keseluruhannya, siapa yang akan memiliki jenama gergasi Itali ini masih lagi samar-samar, terutamanya dengan adanya lagi pihak-pihak lain yang juga berminat seperti Hero MotorCorp, Polaris, Harley Davidson, Suzuki, Honda, malah Kawasaki juga telah dirisik bagi kemungkinan pemilikan namun tiada apa- apa yang berlaku lagi buat masa ini. Ianya mungkin kelihatan seperti satu tugas yang berat untuk dipikul, namun dengan segala teknologi yang telah membantu mereka memenangi beberapa kejuaraan WorldSBK dan MotoGP, ianya semestinya satu kelebihan yang menarik.

Teruskan bersama kami di MotoMalaya untuk sebarang perkembangan terkini dunia permotoran. Di samping itu, TEKAN SINI untuk ke Bikesrepublic.com, Bike Buyer’s Guide jika anda ingin membandingkan sebarang model Ducati yang dijual di tanah air kita.

60 Comments

Leave a Reply