Penunggang Cub Prix Malaysia, Norizman Ismail, Disahkan Meninggal Dunia

Berita sedih yang baru diterima kami, penunggang siri Cub Prix Malaysia 2017 bagi pasukan Onexox TKKR Racing, Norizman Ismail, telah meninggal dunia lewat petang ini di Hospital Kemaman, Terengganu.

https://www.facebook.com/norizman19/posts/347009469034656

Satu kemalangan maut telah menimpa Norizman Ismail semasa sesi latihan CP150 di Bandar Baru Kijal, Kemaman, Terengganu, lokasi pusingan ketiga Cub Prix Malaysia 2017.

Menurut kenyataan rasmi dari Laman Facebook Malaysian Cub Prix,”Norizman terbabas sendiri di Selekoh 1 dan menggelongsor ke arah pagar udara dan diikuti motosikalnya. Para marsyal dan ahli paramedik berusaha mengeluarkannya dengan segera dan bendera merah dinaikkan pada pukul 3.52 petang untuk menghentikan sesi latihan. Pada pukul 3.55 petang, dia dimasukkan ke dalam ambulans untuk ke pusat trauma di mana dia telah distabilkan sebelum dihantar ke hospital dengan mesin sokongan hayat dan dirawat oleh pasukan perubatan penuh pada pukul 4.12 petang,”

Dari kiri: Adib Rosley, Kasma Daniel Kasmayudin, Norizman Ismail. (Mac 2017)

“Pihak hospital telah melakukan sedaya yang mampu namun Norizman disahkan meninggal dunia pada jam 4.50 petang, Jumaat, 5 Mei 2017,”

Norizman memulakan kariernya di Cub Prix pada 2004 dan pernah bergelar juara kelas perdana sebanyak dua kali pada tahun 2005 serta 2011. Dia berusia 32 tahun.

“Selepas mengadakan perbincangan bersama pasukan-pasukan dan para penunggang, Cub Prix memutuskan untuk membatalkan perlumbaan sebagai tanda penghormatan kepada Norizman,”

“Persatuan Automobil Malaysia dan seluruh komuniti Cub Prix menghulurkan ucapan takziah dan turut berdukacita kepada keluarga, rakan-rakan dan pasukan Norizman.”

Kami akan bawakan perkembangan selanjutnya dalam masa terdekat.

Ucapan takziah dari kami dan juga Bikesrepublic.com untuk keluarga Norizman, semoga sabar menghadapi dugaan ini.

Al Fatihah.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

10 Replies to “Penunggang Cub Prix Malaysia, Norizman Ismail, Disahkan Meninggal Dunia”

Leave a Reply