Terbukti Laju: KTM 1290 Super Duke GT – RM125,080

Artikel oleh Keshy Dhillon untuk bikesrepublic.com
Terjemahan oleh Zarul Faiz

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • KTM 1290 Super Duke GT dilengkapi elektronik yang membuatkan anda terasa seperti seorang superhero, ianya cukup pantas, anda dapat mengejar R1, RR, Panigale dan sebagainya.
  • Enjinnya merupakan mahakarya sejukan cecair 1301cc yang juga digunakan untuk menjana 1290 Super Duke R, atau lebih dikenali di kalangan orang dalaman industri sebagai “The Beast”.
  • Selain enjinnya, sistem suspensi merupakan kelengkapan terbaik motosikal ini.
  • Ianya merupakan sebuah motosikal yang dapat digunakan untuk menguji kemahiran anda di litar untuk satu hari, dan kemudiannya membawa anda dengan riangnya dalam tunggangan ke Phuket pada hari yang berikutnya.

“KTM 1290 Super Duke GT merupakan definisi sebenar apa yang sesetengah orang namakan sebagai ‘crotch rocket‘ – ianya pantas, agak selesa, tampak hebat, dan semestinya ia membuatkan anda terasa seperti seorang superhero. Namun, ia tidak kelihatan seperti sebuah motosikal amat pantas yang tipikal. Ianya bagaikan kacukan motosikal litar, sebuah supermotard dan motosikal kembara dan walaupun ianya cubaan pertama KTM membina motosikal sebegini, mereka telah melakukan tugas yang amat baik sekali kerana motosikal ini amat hebat dimana sahaja atau bagaimana cara pun anda menunggangnya. Jadi, jika anda mempunyai RM125,080 dan inginkan jentera touring yang laju, dapatkanlah motosikal ini dan pasti anda tersenyum riang sepanjang menunggangnya.”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jika ulasan motosikal adalah artikel yang mudah dan ringkas, penulis akan menggunakan kenyataan di atas ini untuk mengulas tentang KTM 1290 Super Duke GT. Ianya sebuah jentera yang cukup mengagumkan, penulis tiada sebab untuk melengahkan masa dengan penerangan, cukup sekadar fakta ini; anda patut mendapatkannya jika berkemampuan dan inginkan versatiliti lebih dari segalanya. Dilengkapkan dengan elektronik yang menjadikan anda bak superhero, ianya cukup pantas untuk mengejar R1, RR, Panigale dan seangkatan dengannya. Ia juga cukup bagus untuk perjalanan jarak jauh dan amat serba boleh. Segala yang anda inginkan dalam sebuah motosikal.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Namun ulasan motosikal tidaklah semudah itu dan penulis akan terangkan mengapa KTM 1290 Super Duke Gt ini berbaloi untuk dibeli.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sebagai permulaan, motosikal ini cukup cantik sekali. Rekabentuk keseluruhan yang ‘edgy‘ menjadikannya kelihatan seperti ligat bergerak walaupun dalam kedudukan pegun. Sebagaimana anda merasakan kuasa kemusnahan peluru berpandu dari rupanya sahaja, begitu jugalah bagaimana anda mendapat aura kelajuan motosikal ini dari rupanya sahaja.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Walaubagaimanapun motosikal seperti KTM 1290 Super Duke GT bukanlah sesuatu yang baru, mereka bukannya pencipta segmen sport touring tetapi mereka(KTM) merupakan pencipta jentera sports touring terbaik buat masa ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ducati dan BMW juga mempunyai motosikal yang menggabungkan jentera superbike dan jentera touring, dan mereka melakukannya dengan baik sekali, tetapi KTM sedang menginjak batasan kebolehan motosikal kategori ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Enjinnya merupakan sebuah mahakarya 1,301cc yang juga menjana 1290 Supe Duke R, jentera dengan nama timangan di kalangan orang dalaman industri “The Beast”. Enjin ini menghasilkan sehingga 173hp dan 144Nm tork, satu jumlah yang cukup gila dalam segmen ini. Kepantasan telah tersemat di hati nurani jentera ini, dan sekiranya anda tertanya-tanya, ia menghasilkan kuasa lebih daripada BMW S1000RR yang sememangnya laju dan Ducati Multistrada 1200SS yang teramatlah laju.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Namun begitu, ianya adalah gabungan enjin dan pakej elektroniknya yang membolehkan motosikal ini untuk melakukan apa yang ia mahu. Dan walaupun penulis tidak mencubanya sendiri, dengan motosikal ini anda dapat meluncur masuk selekoh dan keluar dengan mengiring. Ia juga ada mod menunggang yang dikhususkan untuk penunggang yang gemar mengunci roda belakang dan meluncur, ‘Supermoto Mode’ membenarkan penunggang untuk menguncikan roda belakang untuk meluncur dengan sengaja. KTM menghasilkan antara supermoto dan superbike terbaik dalam industri, jadi ianya hanya normal jika mereka mencuba untuk menggabungkan kedua-duanya dalam satu pakej touring, dan hasilnya cukup memberangsangkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Terdapat banyak lagi elektronik pintar, seperti Kawalan Cengkaman Motosikal (Motorcycle Traction Control) yang menghitung sudut condong motosikal berbanding kelajuan putaran roda belakang dan secara automatik akan berfungsi sekiranya ia mengesan sesuatu. Ia melakukannya dengan mencelah pada tahap injap pendikit untuk mengurangkan keluaran kuasa enjin. Penunggang juga dapat menentukan sebanyak mana bantuan elektronik dengan memilih antara tiga mod yang diberikan – street, rain dan sport. Dan sudah semestinya keran pembina-pembina di KTM adalah penunggang yang liar lagi tegar, mereka memasukkan pilihan untuk mematikan pakej elektronik sama sekali. Dan ya, ia dimatikan sepenuhnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Keajaiban elektronik ini berterusan dengan Kawalan Kestabilan Motosikal(Motorcycle Stability Control) dengan C-ABS, C disini merujuk kepada Cornering- ABS(ABS-Menyelekoh). Ianya ABS-menyelekoh sensitif sudut condong yang pertama di dunia yang menerapkan ABS yang secukupnya dengan menghitung sudut condong motosikal. Dan brek depan dan belakangnya juga terkait, bermakna apabila tuil brek hadapan dikenakan, brek belakang secara automatik akan didorong bagi memastikan motosikal stabil ketika pembrekan. Sistem ini juga boleh dimatikan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Berikutnya adalah Pengaturan Gelinciran Motor(Motor Slip Regulation-MSR) yang berfungsi bertentangan dengan cara Kawalan Cengkaman. MSR berfungsi dengan mengurangkan atau menghapuskan penguncian roda belakang atau ‘drift‘ ketika penunggang melakukan penurunan gear pantas, langkah yang selalunya memnyebabkan roda belakang terkunci. MSR ini bagaimanapun berhubung dengan sistem Kawalan Stabiliti, bermakna ianya juga sensitif pada sudut condong motosikal.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jadi, Super Duke GT mempunyai pelbagai mainan elektronik yang memastikan penunggang selamat dan membolehkan motosikal ini melakukan aksi-aksi melampau dengan mudah(seperti keluar dari selekoh secara mengiring dengan roda belakang berasap). Tetapi bukan itu sahaja yang membantu motosikal ini untuk melakukan aksi-aksi berkenaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Terdapat juga suspensi Semi-Active WP, pakej elektronik yang boleh melaras suaikan kedua-dua suspensi depan dan belakang – jadikan ia lebih lembut untuk lebih keselesaan, atau keraskan ia untuk pengendalian yang lebih baik, dengan menekan satu butang. Terdapat juga tiga aturcara suspensi berbeza yang boleh dipilih oleh penunggang – comfort, street, dan juga sport. Setelah dipilih, suspensi ini boleh ditala lagi melalui Unit Kawalan Suspensi untuk mengubah tahap redaman dalam waktu sebenar bergantung kepada keadaan. Ia memberikan anda pilihan untuk mengubahsuai redaman untuk menampung pembonceng, pembonceng dengan muatan, penunggang sahaja, ataupun penunggang sahaja bersama muatan. Ianya kemudian akan mengubahsuai suspensi berdasarkan berat yang berbeza dan memberikan anda kawalan yang sebaik mungkin. Semua ini dengan hanya menekan satu butang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Turut membantu pengendalian yang menakjubkan motosikal ini adalah kerangkanya. Kerangka trellis diperbuat daripada keluli potongan-laser chrome-molydenum. Konsep kimpalan pintar menjadikan kerangka ini teramat stabil sementara penggunaan keluli yang amat ringan menyumbangkan berat rangka hanya pada 9.8kg. Ini membantu mengurangkan berat keseluruhan motosikal, iaitu hanya 228kg, diisi penuh, sedia untuk jalanraya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Motosikal KTM ini juga didatangkan dengan peredam stereng, tayar mencengkam Pirelli Angel GT dan lengan buai sesisi ‘lightweight‘ yang juga paling ringan di dalam kelasnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Meskipun dengan teknologi dan enjinnya yang menggila itu, 1290 Super Duke GT ini boleh menjadi begitu gemalai dan sopan di atas jalanraya. Disebabkan kuasanya yang besar, anda hanya perlu memulas sedikit sahaja pendikitnya untuk meloloskan diri dari trafik, tidak perlukan penurunan gear. Namun, jika anda perlukan lonjakan kuasa, ada ‘quickshifter‘ yang akan membantu anda untuk menukar gear dengan pantas.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Selain dari enjinnya, suspensi motosikal ini adalah bahagiannya yang terbaik. Bila ianya lembut, terasa sungguh kelembutannya, dan ia beraksi begitu baik sekali menyerap hentakan jalan, tetapi teragak lembut bagi selekoh membuat motosikal ini seakan terhayun. Di sebaliknya, ia menjiwai peranan berlainan apabila dalam Sport mode, dimana ia akan mengeraskan keseluruhan pakej dan motosikal ini akan bertindak balas terhadap sebarang kecelaan jalan. Street merupakan mod yang sesuai memandangkan mod Sport tampak agak bersungguh untuk berlumba malah mungkin membawa kecelakaan kepada anda jika anda tidak berhati-hati.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tiada sebarang rungutan besar, kecuali mungkin untuk pelananya, yang perlukan mampanan yang lebih baik dan kelengkapan asas seperti takungan minyak plastik yang boleh dipertingkatkan kualitinya, atau anda boleh pilih daripada pilihan aksesori ‘aftermarket‘ dari katalog KTM Power Parts, sebahagiannya dipertontonkan pada galeri di bawah seperti pelindung angkup hadapan, dan takungan minyak brek.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penulis ada sedikit rungutan, namun terlalu banyak yang amat disukai pada motosikal ini, seperti sistem kawalan bersiar, ianya salah satu sistem paling ringkas dan mudah digunakan dalam industri, dan kemungkinannya terbaik juga. Kemudiannya pada breknya, cakera kembar 320mm dicengkam angkup empat omboh M50 Brembo yang dengan automatik mencengkam cakera belakang 240mm melalui angkup dua omboh Brembo. Daya henti motosikal ini amat menakjubkan, sehinggakan anda tidak perlukan ABS kecuali keadaan benar-benar genting.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sejujurnya, KTM 1290 Super Duke GT ini antara motosikal terbaik pernah kami tunggangi. Ianya teramatlah pantas, namun pada masa sama cukup gembira dengan tunggangan riadah yang santai menyusuri jalan-jalan kampung. Ianya sebuah motosikal yang pada satu hari boleh digunakan untuk menguji kemahiran diri di litar, dan hari berikutnya anda mengembara dengannya ke Phuket dengan riangnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jika kelajuan cukup sinonim dengan KTM 1290 Super Duke GT ini, maka versatiliti adalah nama tengahnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tekan sini untuk lihat perbandingan antara KTM 1290 Super Duke GT dengan saingannya dari Ducati dan BMW.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

10 Replies to “Terbukti Laju: KTM 1290 Super Duke GT – RM125,080”

Leave a Reply