Adakah Ini Motosikal Lumba Terbaru Modenas?

  • Modenas telah mengeluarkan satu lagi set gambar ‘teaser’ motosikal lumba mereka yang pertama di Malaysia.
  • Berdasarkan gambar-gambar itu, motosikal ini berkemungkinan diasaskan kepada Pulsar RS200 dari pengeluar India, Bajaj Auto.
  • Motosikal lumba ber-reraup penuh ini bercirikan enjin sejukan cecair satu silinder 200cc dengan sistem tiga palam pencucuh yang menghasilkan 24.5hp pada 9,750rpm dan 18.6Nm tork pada 8,000rpm.


Nampaknya Modenas telah mengeluarkan satu lagi ‘teaser’ untuk sebuah model motosikal lumba terbaru dari pengilang motosikal tempatan ini. Semakin kita menghampiri tarikh penting 19 Mei 2017, Modenas telah menghadiahkan kita dengan sorotan ringkas tentang apa yang akan muncul dalam masa dua minggu lagi.

Berdasarkan gambar ‘teaser’ (dan juga berita kerjasama baru antara Modenas dan Bajaj Auto dari India), tampak seperti motosikal lumba terbaru Modenas ini akan diasaskan daripada model Bajaj Pulsar RS200. Motosikal lumba ber-reraup penuh ini akan dilengkapi dengan enjin sejukan cecair satu silinder 200cc dengan sistem tiga palam pencucuh yang akan menjana 24.5hp pada 9,750rpm dan 18.6Nm tork pada 8,000rpm.

Motosikal Bajaj Pulsar RS200 dibina dengan kerangka keluli bahagian alang perimeter mampat yang memberikannya berat keseluruhan bendul pada hanya 165kg. Fork teleskopik hadapan dengan ‘bush‘ nyah-geseran disambung kepada roda 17 inci dengan cakera brek 300mm. Untuk bahagian belakangnya, Pulsar RS200 dilengkapkan dengan penyerap mono shock Nitrox yang disambung ke cakera brek 230mm.


Pulsar RS200 juga didatangkan dengan tangki bahanapi 13 liter dan jarak bahanapi sebanyak 35km bagi setiap satu liter bahanapi. Jika motosikal lumba terbaru Modenas juga menggunakan enjin yang sama, ia bermakna yang motosikal itu akan mempunyai jarak perjalanan sehingga 455km bagi setangki penuh bahanapi! Cukup menjimatkan! Bajaj juga mendakwa yang motosikal lumba 200cc-nya itu dapat mencapai kelajuan tertinggi sehingga 141km/j.

Perincian lain-lain termasuklah speedometer digital, tachometer analog, lampu hadapan dwi-projektor, dan lampu belakang LED. Untuk harganya dan spesifikasi penuh motosikal Modenas ini untuk pasaran Malaysia, kami hanya mampu menunggu tibanya tarikh 19 Mei 2017 nanti. Buat masa ini, model RS200 ini dijual di India pada harga 124,523 Rupees (kira-kira RM8,407) bagi model tanpa ABS dan 136,738 Rupees (sekitar RM9,231) untuk varian ABS.

Bagi mereka yang terlepas ‘teaser’ pertama dari Modenas, di bawah adalah ‘teaser’nya itu, yang mana ia kelihatan seperti sebuah model motosikal ‘naked’ yang diasaskan daripada NS200 Bajaj. Andaian kami, mereka pasti akan mengeluarkan satu lagi ‘teaser’ sebelum pelancaran trilogi terbaru Modenas ini.

Kekal setia bersama MotoMalaya untuk perkembangan selanjutnya.

Berminat dengan motosikal Modenas? TEKAN SINI untuk ke bikesrepublic.com Bike Buyer’s Guide!

248 thoughts on “Adakah Ini Motosikal Lumba Terbaru Modenas?”




  1. 0



    0

    berbaloi beli ni bro.dah la injin besar 200cc.harga bawah rm10k.kualiti mmg ikut prosedur Euro(kilang yg sama produce motosikal ktm)jgn risau pasal sparepart tu suma modenas dah kaji dan sediakan utk pembeli.sbb sy sendiri staf modenas..hihi




  2. 0



    0

    Moto jenama modenas.. sebenarnya moto ni buatan india namanya bajaj pulsar.. modenas leh kerjasama dgn kompeni moto india dgn syarat ada perubahan mereka struktur design untuk jenama tempatan.. ini 100 buatan india.. malas pikir ke amik mudah




    1. 0



      0

      In November 2007, Bajaj Auto acquired 14.5% stake in KTM Power Sports AG (holding company of KTM Sportmotorcycles AG). The two companies have signed a cooperation deal, by which KTM will provide the know-how for joint development of the water-cooled four-stroke 125 and 250 cc engines, and Bajaj will take over the distribution of KTM products in India and some other Southeast Asian nations.[18] As on 31 March 2013, Bajaj Auto held 47.96% stake in the company. sumber Wikipedia. Pemegang Saham terbesar KTM adalah Bajaj




    2. 0



      0

      KTM-Sportmotorcycle AG is owned by KTM AG (formerly known as KTM Power Sports AG). In November 2007, Bajaj Auto Limited of India acquired 14.5% stake in KTM Power Sports AG and increased their shareholding to 47% by 2012.[8]

      At present KTM AG is 46% owned by CROSS KraftFahrZeug Holding GmbH, a subsidiary of CROSS Industries AG[9] and 52% owned by Bajaj Auto. CROSS Industries is founded by KTM’s current CEO Stefan Pierer.In India, Bajaj Auto has a stake of 78% while CROSS AG owns 21% of company.[10]




  3. 0



    0

    Nak cantik..itu..ini..harga mahal..korg bising gak…korg ni kn rkyat malaysia..kreatif ubah itu ini…kalo sape yg mmbeli tu..pndai2 lah costume…kang buat bentuk mcm penigalle=meninggel pulak korg nk bayar…nak merasa….ukur bju dbdn sndri..




  4. 0



    0

    Versi naked Pulsar ns hendal tinggi.. sesuai. Yang Pulsar rs fairing ni agak tinggi hendal dia.. kalau direndahkan sikit lagi cun dah untuk para peminat hendal rendah.. (nanti korang taw la azab macam mana bawak moto hendal rendah dengan pilion kat belakang, menyelit time jalan jem.. :-P)




    1. 0



      0

      rileks la..aku pun pakai fz..yamaha pun banyak problem skrg..sape owner yamaha tau la..tp moto ni bkn modenas..ni moto bajaj dr india..pasal kualiti tu tunggu la keluar nnti kite tgk sendiri..ape2 pun bagus jgk bajaj ni masuk malaysia..meriah skit moto kat malaysia ni




    2. 0



      0

      Kualiti yamaha skrg jgn igt mcm 10 ke 15 tahun lps. Barai wei. Sbab aku dah ada pgalaman. Owner fz2014. Dgn msalah piston ring mkn myak hitam. Coil magnet setahun dah out. Smua tu modal kasar jgk beb. Tgk fz atau LC first model. Takat 3 4 tahun x dak hal. Xyah bukak enjin klu ulang alik krja mcm aku. Ini setahun dah bukak head blok. Mmber aku fz lama lampu bulat meter mileage smpai 140k km. Baru bukak enjin. Meter pusing dah haaa. Hahahah. Xtgk y15 pnya penangan lagi. Kualiti out. Tpi design tiptop. Sedap naik.




    1. 0



      0

      Kalo bawah 10k bolehla ready…kalo harga 10k keatas pembeli dah boleh intai2 r250…so harap MODENAS ambil kira harga pesaing…dan paling penting department service after sales dan juga spare part…jangan jadi macam jaguh…support2 jugak…duit orang tu kene ambil kira jugak




  5. 0



    0

    Harga kalau murah, berkualiti, laju(cukup kut 140-150kmj) apa salahnya beli n guna bajaj/modenas ni.. berbaloi.. dari beli motor lain yang sama kelas 200cc – yang ada duke/rc200(mahai), demak skyline/dzm 200, cmc firo 200, keeway rkv200 & lain2..

Leave a Reply