Benelli Leoncino 500 2017 Akan Tiba Di Malaysia!

  • Benelli Malaysia telah mengesahkan yang motosikal Benelli Leoncino 500 2017 akan tiba di tanah air dalam tahun ini.
  • Leoncino 500 yang bergaya retro ini dijana oleh enjin dwi-silinder, empat lejang sejukan cecair 500cc yang menghasilkan sekitar 47hp dan 45Nm tork.
  • Fork terbalik 45mm di hadapan dengan angkup brek empat-omboh dan cakera 320mm bersama dengan lengan buai belakang dan penyerap hentakan yang dilekap dari sisi beserta cakera 260mm dengan angkup omboh.

Benelli Malaysia (kini di bawah MForce Bike Holdings Sdn Bhd) telah mengesahkan bahawa yang Benelli Leoncino 500 2017 yang baru akan muncul di Malaysia dalam tahun ini. Pelan ini telah pun direncana selepas pelancaran Benelli RFS 150i, TRK 502 dan 302R yang telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

TEKAN SINI dan SINI untuk membaca mengenai pelancaran ketiga-tiga motosikal Benelli itu.

Motosikal retro-moden ini menggabungkan tradisi, mitos, dan keghairahan yang merangkumi jatidiri Benelli dengan gaya kontemporari, inovasi serta prestasi. Rekabentuknya sahaja merupakan satu imbangan antara susuk-susuk halus dan rupa yang tegar, memodenkan sebuah rekabentuk yang klasik. Leoncino 500 ini dibina dengan asas kerangka keluli trellis yang telah direka untuk tahap keserbagunaan dan kebolehan pengendalian yang tinggi.


Dijana oleh enjin dwi-silinder, empat lejang sejukan cecair 500cc, jentera Leoncino 500 ini dikatakan dapat menghasilkan sekitar 47hp pada 8,500rpm serta tork sehingga 45Nm. Ianya dicapai dengan penggunaan DOHC bersama dengan empat injap bagi setiap silinder. Kesemua kuasa dan tork dari janakuasa suntikan bahanapi ini kemudian dipindahkan ke roda belakang melalui kotak gear enam kelajuan dengan mekanisma klac hidraulik yang bersambung dengan pacuan rantai terakhir.

Rupabentuk ‘scrambler’ ini diserikan lagi dengan roda berjejari wayar; 19 inci untuk bahagian hadapan manakala 17 inci untuk belakangnya. Lambang ‘Lion of Pesaro’ yang ikonik diterapkan pada pelana serta di tangki bahanapi bersama dengan teknologi masa kini seperti ABS, instrumentasi digital dan juga lampu LED secara keseluruhannya.

Walalupun kami tidak pasti bila ia akan tiba, mahu pun harganya nanti, kami tahu yang motosikal yang sama di India telah dinilai pada harga 450,000 Rupees, sekitar RM30,473 selepas pertukaran matawang. Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya bagi segala perkembangan terkini mengenai Benelli Leoncino 500.

TEKAN SINI untuk meneliti motosikal-motosikal Benelli yang lain yang terdapat di pasaran Malaysia di laman eksklusif Bikesrepublic.com Bike Buyer’s Guide.

Leave a Reply