Pesawat Pertama Buatan China kini sedia Berlepas

China bukan sahaja boleh membuat kereta dan motosikal, kini mereka mampu menghasilkan pesawat sendiri, C919, yang dikatakan akan menyaingi Boeing dan Airbus.

Commercial Aircraft Corporation of China (Comac) adalah syarikat yang merekacipta dan membangunkan pesawat terbesar dalam sejarah negara China yang telah ditubuhkan sejak 2008. 

Pesawat Comac C919 ini mampu memuatkan 158-174 tempat duduk dan berada dalam kategori pesawat enjin berkembar badan tipis (narrow-body twin engine jet). C919 baru sahaja selesai menjalankan ujian kelajuan berlepas dimana pesawat diuji dengan kelajuan melebihi 170 batu per jam pada April 2017. Seterusnya, pada bulan depan, C919 akan diuji samada ia mampu untuk benar-benar boleh terbang di angkasa.

Pesawat buatan China, mengapa mereka semakin maju dan berani mengambil risiko?

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply