ARRC: FIM Asia Mengeluarkan Kenyataan Rasmi Mengenai Pembatalan Anthony West

 

 

  • Anthony West (Akeno Speed WJR Racing Team) telah dibatalkan penyertaan dari kedua-dua perlumbaan Pusingan Dua ARRC atas sebab ‘melanggar peraturan teknikal’
  • West pada mulanya menamatkan Perlumbaan Satu di tempat ketiga dan tempat pertama di Perlumbaan Dua di Litar Antarabangsa Buriram
  • “Pasukan Akeno Speed Racing telah enggan untuk menanggalkan bahagian motosikal di parc ferme untuk pemeriksaan pasca perlumbaan.”

Pada pusingan yang terbaru bagi Asia Road Racing Championship (ARRC) di Thailand yang berlangsung pada hujung minggu lalu, kita telah menyaksikan pelumba sandaran negara, Azlan Shah, yang mewakili Manual Tech KYT Kawasaki Racing Team muncul juara dalam kedua-dua perlumbaan dalam Pusingan 2.

Azlan Shah – Manual Tech KYT Kawasaki Racing

Perlumbaan ini telah diadakan di Litar Antarabangsa Buriram yang telah menyaksikan aksi-aksi yang mengujakan dan dipenuhi drama, lebih dari yang selalunya. Salah satu yang menjadi sebutan adalah pembatalan penyertaan Anthony West dari kedua-dua perlumbaan di mana dia menduduki tempat atas podium.

Anthony West (kiri) selepas memenangi Perlumbaan 2, AZlan Shah (kanan) menduduki tempat kedua

TEKAN SINI untuk membaca dengan lebih lanjut tentang keputusan pusingan Thailand ARRC 2017.

Drama ini bermula apabila dari Anthony West sendiri apabila dia menggunakan media sosial untuk menzahirkan rasa tidak puas hati tentang apa yang telah terjadi. Pada dasarnya, West serta pasukannya enggan membenarkan enjin mereka diperiksa dan menuding kesalahan pada penganjur perlumbaan serta Yamaha Thailand Racing Team yang dituduh menggunakan ‘politik kotor’. Kemaskini status itu boleh dibaca di bawah.

Semalam pula, FIM Asia mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kejadian ini. Dalam laporannya, dengan terang ianya menyatakan bahawa “Team Akeno Racing telah enggan untuk menanggalkan motosikal mereka di parc ferme bagi tujuan pemeriksaan pasca perlumbaan. Ini adalah satu pelanggaran peraturan prosedur teknikal dan penyebab kepada pembatalan penyertaan.”

Walaupun West telah menerangkan dalam status Facebooknya yang mereka telah pun menunjukkan aci sesondol mereka untuk tujuan pemeriksaan, FIM Asia pula menyatakan sebaliknya, menerangkan dalam laporan mengesahkan bahawa “Sepanjang dalam masa satu jam yang telah ditetapkan, tiada sebarang skru yang telah dikeluarkan dari motosikal bernombor 13 (motosikal lumba West). Pemeriksaan pasca perlumbaan berakhir dengan motosikal bernombor 25 (Azlan Shah) serta motosikal bernombor 24 (Decha Kraisart, Yamaha Thailand Racing Team) – kedua-dua pasukan telah menyediakan bahagian-bahagian yang diperlukan bagi tujuan pemeriksaan.”

Cerita yang bercanggah dari kedua-dua belah pihak namun ianya jelas yang FIM Asia telah mengemukakan maklumat-maklumat berkaitan secara sepenuhnya berkenaan situasi ini dan tindakan yang diambil untuk membatalkan penyertaan Anthony West telah diberi sebab yang kukuh. Pengakhirannya, FIM Asia telah menerangkan dan bertegas yang mereka telah mengendalikan situasi ini berdasarkan peraturan secara professional.

“FIM Asia Road Racing Championship telah dianjurkan mengikut standard yang ditetapkan oleh FIM dan FIM Asia. Tiada sebarang ketidakadilan yang berlaku dalam apa cara sekali pun pada mana-mana peserta dan pasukan. Ianya juga amat mengecewakan apabila tuduhan serta anggapan dibuat tanpa pemahaman penuh tentang fakta dan proses yang sepatutnya seperti yang telah ditetapkan oleh Motorsports yang menekankan piawaian tertinggi untuk semangat kesukanan dan profesionalisma.”

Sumber: Laman Facebook Asia Road Racing

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply