Pasukan Honda Endurance Racing Bersedia Untuk Perlumbaan 24 Jam Le Mans Hujung Minggu Ini

  • Pasukan Honda Endurance Racing sudah bersiap siaga bagi bertarung sehabisnya di perlumbaan 24 Jam Le Mans kali yang ke-40 hujung minggu ini.
  • Freddy Foray, Julien Da Costa dan Sébastien Gimbert akan mengemudi jentera Honda CBR1000RR Fireblade SP2 terbaru bersama dengan pelumba jalanraya British, Lee Johnston sebagai penunggang simpanan.


Pasukan Honda Endurance Racing telah bersedia untuk bertanding di perlumbaan 24 Jam Le Mans kali ke-40 pada hujung minggu ini dari 15 April sehingga 16 April 2017. Pasukan ini akan bertanding menggunakan jentera berkuasa yang telah dikemaskini, Honda CBR1000RR Fireblade SP2 2017.

Pelumba ketahanan handalan Freddy Foray, Julien Da Costa, dan Sébastien Gimbert telah kembali kepada pasukan Honda Endurance Racing untuk empat
tahun berturut-turut. Untuk perlumbaan Le Mans tahun ini, mereka telah disertai oleh pelumba jalanraya British Lee Johnston sebagai penunggang simpanan keempat.


Sementara kesemua penunggang dan pasukan ini telah menjalani sesi ujian yang progresif dengan jentera Honda CBR1000RR Fireblade SP2 yang telah
diperolehi mereka pada Januari lalu, mereka berharap untuk mendapat tempat di podium terutama sekali bila diambil kira fakta yang Fireblade terbaru ini
mempunyai lebih kuasa, lebih ringan, dan juga pakej elektronik yang sofistikated jika dibandingkan dengan model sebelumnya. Tampak seperti pasukan Honda Endurance Racing ini kelihatan lebih positif dalam bersaing di empat perlumbaan FIM Endurance World Championship yang masih ada dalam kalendar.

Cabaran mereka semakin sukar pada tahun ini dengan jumlah memecah rekod sebanyak 60 pasukan keseluruhan mengambil bahagian bertanding di
perlumbaan ketahanan yang bersejarah ini. Pada hari terakhir ujian, Pasukan Honda Endurance terletak di kedudukan ke-10 keseluruhan dalam sesi latihan.

Dengan sokongan kuat daripada Motul, ekzos Akrapovic, tayar Dunlop, dan Clinton Enterprises, ketiga-tiga penunggang akan menanti-nantikan cabaran
pertandingan yang berikutnya di Le Mans dan misi sukarnya. 24 Heures Motors akan bermula pada 1500 CEST (9.30malam waktu tempatan) pada hari Sabtu 15 April 2017.

TEKAN SINI untuk melihat semua motosikal Honda yang ada di pasaran Malaysia eksklusif di Bikesrepublic.com Bike Buyer’s Guide.

Leave a Reply