Tanggapan Pertama: Benelli 302R

Artikel oleh Keshy Dhillon untuk Bikesrepublic.com
Terjemahan oleh Zarul Faiz

  • Motosikal 302R ini bukanlah yang paling berkuasa dan ia juga tidaklah mempunyai alatan elektronik terbanyak, namun kemungkinan ianya antara yang tercantik dalam kelasnya.
  • Mempunyai berat sehingga 190kg bersih, anda akan terasa enjinnya bergelut untuk mengaruskan kuasanya ke roda belakang, walabagaimanapun kotak gear enam kelajuannya terasa lancar dan jitu.
  • Ia dilengkapkan dengan teknologi yang hebat seperti paparan meter analog/digital, fork hadapan terbalik teleskopik, tayar Metzeler, enjin DOHC dengan 8 injap, dan suspensi spring belakang boleh laras.

Motosikal Benelli 302R ialah sebuah motosikal lumba kecil dengan impian besar. Ia mengingatkan penulis kepada motosikal dari tahun 90-an yang begitu besar saiznya namun mempunyai enjin yang kecil, 302R ini lebih besar daripada motosikal KTM 390 dan juga lebih berat, tetapi mempunyai enjin 300cc yang ringkas. Tayar belakangnya juga mempunyai susuk yang besar, jadi jika anda mahukan sesuatu yang tampak bercita-cita tinggi, ianya sesuai untuk anda.

302R ini sememangnya bergaya namun kuasanya hanya setakat enjin 300cc sahaja. Ia menghasilkan sehingga 37hp pada kadar 10,000rpm yang
menakjubkan dan 27.4Nm tork dari 9,000rpm; anda perlu memerah enjin ini sepenuh hati bagi mencapai keseluruhan kuasa yang ia mampu.


Ia mempunyai berat sehingga 190kg bersih, dan anda akan terasa enjinnya bergelut untuk mengaruskan kuasanya ke roda belakang, walaubagaimanapun
kotak gear enam kelajuannya terasa lancar dan juga jitu. Walau di selekoh perlahan atau ketika membuat pusingan-u sekalipun, anda akan dapat merasa
betapa beratnya motosikal ini, namun dengan harga RM21,888, bolehkan anda mengeluh tentangnya?

Jika ada satu perkara yang motosikal 302R ini ada, sudah pasti ianya gaya. Ia semestinya mempunyai keberadaan yang tersendiri dan rupanya bagaikan
yang ia mampu melebihi daripada apa yang ia sebenarnya dapat lakukan, tetapi, kami tidaklah akan merungut. Kecantikan kadang kala dapat mengatasi
perwatakan dan juga keupayaan, dan inilah yang telah dilakukan oleh motosikal 302R ini.

Pengendaliannya terasa seperti baik-baik sahaja, penulis hanya dapat menunggang selama 10 minit mengelilingi Hotel Equatorial, Pulau Pinang, jadi tidak dapatlah memberitahu anda dengan secukupnya. Namun ada satu perkara yang dapat diberitahu, yang motosikal ini mempunyai tangki bahanapi yang panjang. Dengan kapasiti hanya sebanyak 14 liter, tangki bahanapinya tidaklah terlalu besar, tapi ianya panjang, dan ini memaksa anda untuk menggerakkan badan anda ke hadapan untuk mencapai palang pemegang, dan tempat letak kakinya pula diletakkan agak rapat sedikit dengan badan anda, memberikan ia satu perasaan yang sesak. Tetapi jika anda merapatkan dada anda ke atas tangki bahanapi ia terasa elok-elok sahaja, kecuali anda tidak akan dapat menunggang di semua tempat seperti itu.

Namun begitu, ia ada beberapa teknologi yang menakjubkan, seperti paparan meter analog/digital, fork hadapan terbalik teleskopik, tayar Metzeler, sebuah
enjin DOHC dengan lapan injap, dan juga suspensi spring belakang boleh laras.

Motosikal 302R ini bukannya motosikal paling berkuasa mahupun yang paling banyak alatan elektronik, namun berkemungkinan yang ianya antara yang
tercantik dalam kelasnya. Kami akan kembali menunggangnya secara lebih teliti sebaik sahaja sebuah motosikal pandu uji tersedia untuk kami,kami akan
kembali dengan ulasan yang lebih mendalam dalam masa terdekat.

TEKAN SINI UNTUK MEMBUAT PERBANDINGAN ANTARA 302R DAN SAINGANNYA DI BIKES REPUBLIC BUYER’S GUIDE!

Leave a Reply