Yamaha XSR900 Memenangi Satu Lagi Anugerah Rekabentuk Terbaik 2017

 

  • Motosikal XSR900 merangkul “Best of the Best” Red Dot Award: kategori Rekabentuk Produk 2017
  • Model motosikal Yamaha yang pertama memenangi lima anugerah rekabentuk


Yamaha Motor Co., Ltd. (Yamaha Japan) mengumumkan pada hari ini bahawa motosikal XSR900 keluarannya telah dianugerahkan dengan “Best of the Best” oleh Red Dot Award: Rekabentuk Produk 2017 yang diiktirak di peringkat antarabangsa.

Pencapaian ini menandakan tahun kelima berturut-turut produk Yamaha Motor telah menerima anugerah ini sejak 2012, dan produk ketiga yang dipilih untuk penghormatan “Best of the Best” selepas MT-07 menjadi penerima pertama anugerah “Best of the Best” untuk Yamaha Motor pada tahun 2015.

XSR900 ini telah dibangunkan untuk memenuhi kepuasan penungggang dalam pasaran yang maju – di mana budaya menikmati motosikal sebagai satu hobi telah terbentuk – yang menggemari gaya jentera yang lebih “tradisional”. Rupa luarannya yang sederhana dengan gaya retro digabungkan dengan prestasi melalui teknologi terkini menjadi kebanggaan kepada pemilik beserta memberikan keseronokan menunggang.

Anugerah lain yang diberikan kepada jentera XSR900 ini adalah “Good Design BEST100”, “Auto Color Award 2016 Special Prize”, “JIDA Design Museum
Selection Vol. 18”, dan juga “iF Design Award”.

Menurut En. Akihiro Nagaya, Ketua Pengarah bagi Pusat Rekabentuk, beliau menyatakan bahawa “Meneruskan kejayaan MT-07 dan JWX-2 dari tahun 2015, kami percaya yang penganugerahan “Best of the Best” untuk XSR900 dalam “Red Dot Award: Rekabentuk Produk,” pertandingan rekebentuk global terulung ini, adalah satu pengiktirafan kepada inisiatif yang diambil oleh Yamaha Motor berkenaan dengan rekabentuk,”

“Pembangunan motosikal XSR900 bukan sahaja diketuai oleh perekabentuk, malah oleh kakitangan kejuruteraan dan juga pengilangan untuk menzahirkan
pendekatan ‘monozukuri‘ yang sebenar untuk hasil pertukangan ini. Tahun ini, Yamaha Motor telah membuka Pusat Inovasi sebagai tapak baru untuk Pusat
Rekabentuk. Kami bercadang untuk meningkatkan pambangunan lanjutan dan juga pembangunan produk, menyatukan keluarga global Yamaha bersama untuk mencipta rekabentuk yang mengungkapkan gaya unik Yamaha dan nila baru yang akan menjana ‘Kando‘ yang lebih menarik.”

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]