WorldSBK 2017 : Chaz Davies akhiri dominasi Jonathan Rea

 

  • Chaz Davies meraih kemenangan sulungnya dalam WorldSBK bagi tahun 2017 dalam Perlumbaan 2 di Aragon semalam di atas jentera Ducati 1199 Panigale
    R-nya
  • Kedua-dua penunggang Aruba.it Racing (Davies dan Melandri) mencatatkan kedudukan podium berganda dalam kedua-dua perlumbaan
  • Jonathan Rea menyudahi Perlumbaan 2 di tempat kedua di hadapan Marco Melandri

 

Ianya merupakan hari yang gemilang buat pasukan Aruba.it Racing di mana kedua-dua penunggangnya, Chaz Davies dan Marco Melandri meraih kedudukan podium berganda dalam kedua-dua perlumbaan WorldSBK di Aragon pada hujung minggu lalu. Ianya lebih manis bagi Davies kerana berjaya memecah monopoli kemenangan Jonathan Rea selepas kemenangannya pada Perlumbaan 1 pada hari Sabtu.

Dalam perlumbaan 18 pusingan mengelilingi Litar Motorland Aragon ini, Davies dan Rea bersaing dengan sengit sekali sehingga ke penghujung perlumbaan di mana Rea hanyalah ketinggalan 0.483 saat di belakang Davies. Penunggang pasukan Kawasaki Racing itu bertarung sehingga pusingan terakhir apabila Davies telah melakukan apa yang barangkali boleh dikatakan sebagai gerakan memotong yang paling menakjubkan dalam musim ini setakat ini. Ini semestinya satu keputusan yang positif bagi penunggang Inggeris berusia 30 tahun itu selepas terbabas dalam Perlumbaan 1.


Apabila Davies ditanya mengenai perlumbaan itu, dia menyatakan bahawa “Semalam (Sabtu) bagaikan malapetaka, keseluruhan hujung terasa seperi satu malapetaka sehinggalah pusingan terakhir perlumbaan kedua. Satu-satunya detik kegembiraan ialah membawa pulang kemenangan, dan ia terasa baik membawanya pulang secara begitu.”

“Kami tahu yang motosikal ini bagus untuk di sini, walaupun kami masih perlu melakukan kerja yang banyak pada semua bahagian yang berbeza tapi buat
masa sekarang kami akan betul-betul menikmati kemenangan ini. Ianya persaingan yang hebat namun angin bertiup dengan begitu kencang, kami ditiup ke kiri, kanan dan tengah, begitu kuat ia bagaikan ada seseorang yang menolak awak keluar dari selekoh.”

Jonathan Rea memenangi Perlumbaan 1 dengan persembahan yang mengagumkan pada hari Sabtu, menamatkan perlumbaan dengan 4.068 saat di hadapan Davies. Dengan format perlumbaan baru untuk Perlumbaan 2, ianya lebih menyeronokkan dan pada masa yang sama lebih sukar bagi penunggang British ini. Rea masih lagi jauh di hadapan kedudukan kejohanan dengan 145 mata, 50 mata yang besar di hadapan Davies di dalam kedudukan kejohanan.

Marco Melandri merebut tempat terakhir di atas podium dengan hanya 2.479 saat di belakang teman sepasukannya. Penunggang yang berjaya menduduki
podium bagaikan berada di tahap yang lain jika dibandingkan dengan penunggang-penunggang lain. Walaupun menduduki tempat keempat, Tom Sykes (pasukan Kawasaki Racing) menamatkan perlumbaannya lebih daripada 10 saat di belakang pemenang perlumbaan akibat keadaannya yang kurang sihat yang membuatkannya terkeluar dari pertarungan menduduki podium. Sykes walaubagaimanapun mengakhiri Perlumbaan 1 pada hari Sabtu di tempat ketiga.

Pusingan yang berikutnya akan meneruskan aksinya di Belanda untuk Acerbis Dutch Round dari 28 April sehingga 30 April 2017 dimana para penunggang
akan bertarung kembali di Litar Assen TT yang terkemuka. Teruskan bersama MotoMalaya untuk perkembangan terkini WorldSBK.

Sumber Foto : WorldSBK

Leave a Reply