Yamaha memanggil kembali MT-09 dan MT-09 Tracer

 

 

 

  • Pemanggilan kembali ini disebabkan oleh pemegang bawahan handlebar yang longgar
  • Kesemua model dari tahun 2015 hingga 2017 terjejas dengan isu keselamatan ini


Hong Leong Yahama Malaysia (HLYM) telah mengisukan satu pemberitahuan rasmi berkenaan model Yamaha MT-09 dan juga MT-09 Tracer yang berada di
Malaysia. Seperti yang tertera di laman sesawang rasmi HLYM, Yamaha Motor Co. Ltd., Jepun ini telah membuat pengumuman untuk memanggil kembali
secara proaktif model MT-09 dan MT-09 Tracer oleh kerana kelonggaran pada pemegang bawahan handlebar.


Dalam laman sesawang rasminya, telah dinyatakan “Pada 21 Mac 2017, Yamaha Motor Co. Ltd., Jepun mengumumkan pelan pemanggilan kembali proaktif bagi Yamaha MT-09 dan MT-09 Tracer oeh kerana kelonggaran pada pemegang bawahan handlebar. Pelan pemanggilan kembali ini adalah untuk memastikan kesemua pengguna MT-09 dan MT-09 Tracer dapat terus menikmati sepenuhnya segala kegunaan produk ini. Hong Leong Yamaha Sdn. Bhd., selaku pihak yang bertanggungjawab mengilang dan memasang motosikal ini di Malaysia akan terus memenuhi komitmen kami dalam memenuhi piawaian peraturan perkhidmatan selepas jualan,”


“Kami amat berterima kasih di atas kesabaran tidak terhingga anda sewaktu kami mengumpul lebih banyak maklumat bagi tujuan memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk anda semua. Yakinilah bahawa segala persiapan bagi tindakan perkhidmatan pelanggan sedang dilaksanakan dan pengumuman rasmi akan disiarkan sesegera mungkin melalui laman sesawang ini dan juga melalui rangkaian Pengedar Motosikal Besar Yamaha yang Disahkan. Pada masa ini, teruskanlah menunggang dan menjaga motosikal anda berpandukan pada arahan di dalam buku panduan pemilik.


Laporan yang dikeluarkan oleh Asphalt and Rubber memberi maklumat lebih terperinci berkenaan isu yang dihadapi ini. Menurutnya, bahagian berkenaan tidak dicat dengan sempuna dan ini telah menyebabkan kurangnya penerapan agen pengikat bebenang di bebenang stud bolt.

Keadaan ini boleh membawa padah jikalau handlebar dihentak cukup kuat dan ianya menjadi longgar. Kemungkinan handlebar untuk tercabut adalah satu risiko keselamatan yang besar dan Yamaha telah merancang untuk memanggil kembali kesemua MT-09 dan MT-09 Tracer yang dipasasng dari tahun 2015 hingga 2017. Di Amerika Syarikat, model yang terjejas adalah FJ-09, FZ-09 dan XSR900.


HLYM masih belum tampil menyatakan prosedur berkenaan proses pemanggilan semula untuk pemilik-pemilik yang terkesan di dalam Malaysia namun pengumuman rasmi dari mereka boleh dijangka akan disiarkan dalam masa yang terdekat.


70 Comments

Leave a Reply