Harga BMW K 1600 Bagger 2018 diumumkan

 

 

  •  Harga bagi BMW Bagger terbaru ialah $19,995 (RM88,578 sebelum cukai)
  • Enjin ‘inline-six’ 1,649cc dengan 160hp dan tork sebanyak 175Nm
  • Terdapat dalam tiga pakej – Safety, Comfort dan juga Touring

 

 

 

BMW Motorrad telah membuat pengumuman harga bagi motosikal yang sedang dinantikan BMW K 1600 Bagger 2018 bagi pasaran Amerika Syarikat. Ianya telah diperkenalkan pada bulan Oktober 2016, dan untuk model 2018 ini, segala kelengkapan dan spesifikasinya adalah seperti apa yang telah ditunjukkan pada tahun lalu.


Harganya bagi pasaran Amerikat Syarikat telah ditetapkan pada $19,995 iaitu sekitar RM88,578 selepas pertukaran matawang. Tetapi memandangkan Malaysia merupakan salah satu negara dengan cukai import tertinggi dunia dan dilaksanakan seiring dengan cukai eksais serta GST, ada kemungkinan tinggi yang harga jualan untuk motosikal BMW K 1600 Bagger 2018 ini di sekitar RM147,040 jika atau bila ianya tiba di tanah air kita nanti. TEKAN SINI untuk membaca lebih lanjut tentang motosikal ini semasa kunjungan kami ke EICMA 2016 di Milan. Namun bila dipertimbangkan harga K 1600 GTL Exclusive yang berjumlah RM185,900, ianya boleh dijangka yang Bagger akan dijual pada harga juga.


Motosikal Bagger ini agak serupa seperti K 1600 GT dan GTL yang datang dengan enjin ‘inline-six’ 1,649 yang dapat menjana 160hp pada 7,760rpm dan menghasilkan sehingga 175Nm tork apabila mencecah 5,250rpm. Direka untuk menjadi motosikal yang kemas dengan profil rendah,ia sesuai sekali untuk bersiar-siar di atas lebuhraya dan boleh dibandingkan dengan Honda Gold Wing F6B.


Terdapat tiga mod tunggangan yang datang sebagai mod standard bagi BMW K 1600 baru ini; ‘Rain’, ‘Road’ dan ‘Dynamic’. selain pilihan yang menarik ini, motosikal ini juga dilengkapkan dengan ‘Dynamic Traction Control’, ABS Pro integral yang optimal selekoh, pelana dan cengkaman tangan yang dihangatkan, penghadang angin boleh laras kuasa, ‘cruise control’, papan pamer berbagai fungsi dengan komputer atas pameran, dan Pelaras Suspensi Elektronik Dinamik/Dynamic Electronic Suspension Adjustment (D-ESA) yang dilengkapkan dengan peredam mod ‘Road’ dan Cruise’.

Pelanggan juga dapat membeli beberapa ciri tambahan untuk meningkatkan lagi pengalaman menunggang keseluruhan motosikal Bagger ini seperti Bantuan Penukar Gear Pro, Bantuan Mengundur, Kawalan Permulaan Bukit, lampu hadapan kawal suai serta lantai motor.


Seperti kebanyakkan model motosikal BMW yang lain, pelanggan juga mendapat keistimewaan untuk memilih pakej terbaik bagi keperluan dan cara tunganggan masing-masing. Tiga pakej yang ditawarkan adalah seperti yang d bawah:

-Pakej Safety : Lampu hadapan kawal suai, monitor tekanan tayar/’tire pressure monitor’ (TPM), dan Lawalan Permulaan Bukit
-Pakej Comfort : Bantuan Penukar Gear Pro, sistem penguncian pusat, penggera anti-kecurian, tunggangan tanpa kunci, dan lampu bantuan LED
-Pakej Touring – Bantuan Mengundur, persediaan GPS, dan sistem audio beserta radio, Sirius XM dan Bluetooth
Ianya masih kurang jelas lagi bila motosikal Bagger ini akan memasuki pasaran Malaysia, tetapi ada khabar angin mengatakan ada beberapa buah yang akan tersedia pada masa akan datang.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

23 Replies to “Harga BMW K 1600 Bagger 2018 diumumkan”

  1. Moto ni mmg utk org2 yg berduit dan berwang sahaja…
    Bagi org yg bercitarasa tinggi, mahukan gaya, kualiti dan prestasi, mmg moto ni ada class…
    Apa pun, tak salah kalau kita sekadar mampu melihat dan tak mampu memiliki.
    Bersyukurlah dgn apa yg kita ada, biarpun hanya sekadar moto buruk. Kerana yg buruk bagi kita, mungkin cantik pada Allah S.W.T. dan yg cantik bagi kita, buruk padaNYA…

Leave a Reply