BMW Motorrad Malaysia Memperkenalkan BMW K 1600 GT Baru

 

 

  • Enjin ‘in-line six’ dengan 160hp serta tork sehingga 175Nm yang patuh Euro4.
  • Tiga mod penunggangan dan Kawalan Traksi Dinamik/Dynamic Traction Control (DTC) untuk keselamatan maksimum ketika pecutan.
  • RM159,900 (harga asas beserta GST)

BMW Motorrad Malaysia hari ini telah memperkenalkan BMW K 1600 GT baru, motosikal mewah yang berkuasa dicipta sebagai jentera ‘touring’ muktamad dan meneruskan intipati DNA BMW Motorrad, “Making Life a Ride”.

Selain daripada penambahbaikan baru untuk meningkatkan kebolehan ‘Touring’ motosikal ini, BMW K 1600 GT baru ini juga dilengkapkan dengan ciri
ergonomik optimal untuk tempat letak kaki, tempat pelana, dan juga posisi palang pemegangnya – kesemua ini untuk menggalakkan posisi dudukan yang lebih aktif dan pada masa yang sama mengekalkan keselesaan yang tiada tandingannya.

Memperkenalkan motosikal ini, En. Han Sang Yun, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi BMW Group Malaysia berkata, “Enjin in-line enam
silinder merupakan bahagian yang amat penting dalam sejarah dan identiti jenama bagi jenama BMW untuk lebih seratus tahun sejak terciptanya enjin kapal terbang Illa BMW. BMW Motorrad dengan jayanya memindahkan tradisi ini kepada industri motosikal premium dengan BMW K 1600 GT yang memiliki enjin in-line enam silinder paling ringan dan paling mampat untuk motosikal dengan kapasiti melebihi 1,000 kubik sentimeter.”

Kepakaran enjin enam silinder yang terbaik

Dilengkapkan dengan enjin in-line enam silinder paling mampat bagi siri motosikal pengeluaran untuk masa sekarang, BMW K 1600 GT ini menzahirkan kepakaran BMW Motorrad dalam kejuruteraan automatif. Daya dorongan hadapan yang hebat yang ditambah dengan tork yang banyak dan penunggangan yang lancar dapat dicapai dengan unit kuasa yang mengagumkan, hasil pengeluarannya adalah 160hp pada 7,750rpm dan tork maksimum sehingga 175Nm pada 5,250rpm, yang tertinggi dalam kelasnya.

Dengan berat 102.6kg, enjin enam silinder motosikal premium ini juga mengekalkan kedudukannya sebagai enjin enam silinder paling ringan bagi siri motosikal pengeluaran melebihi 1,000cc. Tambahan lagi, ruangan silinder yang teramat sempit menjadikannya tampak lebih ramping berbanding dengan enjin in-line enam silinder siri pengeluaran yang lain. Kemampatan ini selari dengan semangat motosikal ini sebagai jentera touring yang dinamik.

Prestasi yang patuh Euro-4 dengan pemetaan enjin baru

Direka untuk memenuhi syarat ‘EU4 pollutant class‘, BMW K 1600 GT baru ini dilengkapkan pemetaan enjin baru, sistem bahan api dengan kanister karbon
untuk pengudaraan tangki bahan api dan sistem ekzos dengan penukar ‘catalytic’ yang diubah. Tambahan pula, dengan bahagian hujung yang direka bentuk secara dinamik dengan ‘horizontal ribbing‘ memberikan penegasan tambahan untuk tema enam silinder ini.

Kemudahan pengendalian dengan Bantuan Mengundur baru

Dalam usaha berterusan untuk meningkatkan taraf penunggangan motosikal, BMW K 1600 GT baru dilengkapi dengan fungsi Bantuan Mengundur baru yang membolehkan pengendalian yang lebih baik dalam bergerak ke belakang. Mudah untuk digunakan, dengan satu sentuhan pada butang di panel belah kiri palang pemegang, Bantuan Mengundur ini apabila dihidupkan akan menggalakkan penyekatan gear ke depan dan dengan itu menghidupkan gear mengundur. Pergerakannya sendiri adalah hasil tenaga pendorong melalui aci boleh lengkung yang dicetus apabila penunggang menekan butang penghidup motor.

Tiga mod tunggangan dan Kawalan Traksi Dinamik/Dynamic Traction Control (DTC) untuk keselamatan maksimum ketika pecutan.

Dalam bentuk standard, BMW K 1600 GT ini menawarkan tiga mod tunggangan – “Rain”, “Road”, dan “Dynamic” – yang boleh diaktifkan dengan menekan butang yang diletakkan secara strategik di belah kanan palang pemegang, membolehkan penunggang untuk mengawal suai motosikal mengikut keperluan menunggang dan keadaan yang berbeza termasuk touring, menunggang atas permukaan basah serta touring secara sporty dan dinamik. Untuk memaksimumkan keselamatan, setiap mod secara sendirinya digandingkan bersama Kawalan Traksi Dinamik (DTC), membolehkan peningkatan ketepatan dalam kawalan traksi.

Pembantu Penukar Pro bagi menukar gear dengan mudah.

Dilengkapi dengan Pembantu Penukar Pro, BMW K 1600 GT ini membolehkan penunggang untuk menukar gear tanpa menggunakan klac atau injap pendikit
pada beban dan kelajuan enjin yang sesuai. Seperti kebanyakkan penukaran, ia boleh dicapai menggunakan pembantu penukar. Kesan keseluruhannya bukan
sahaja lebih menyelesakan penunggang ia juga meningkatkan prestasi dinamik motosikal. Dengan Pembantu Penukar Pro, masa menukar gear dijimatkan berbanding menukar gear menggunakan klac. Malah, injap pendikit tidak perlu lagi ditutup ketika menukar gear menggunakan genggaman pendikit semasa pecutan. Oleh itu, kuasa tenaga pendorong secara amnya akan dalam keadaan malar tanpa gangguan pada tork. Pada masa sama, kelajuan enjin secara automatik akan dikawal suai melalui ‘double-‘declutching’ ketika nyahpecut dan menukar gear rendah (injap pendikit tertutup).

Walaupun Pembantu Penukar Pro boleh membantu penunggang secara amnya ketika setiap penukaran, tiada bantuan penukaran apabila klac diaktifkan, semasa menukar ke gear lebih tinggi melalui genggaman pendikit tertutup atau ketika menyahpecut.

Kawal suai suspensi elektronik Dynamic ESA dengan penderam automatik kawal suai sebagai kelengkapan standard.

Dilengkapkan dengan Kawal Suai Dinamik Suspensi Elektronik (ESA) dengan pelaras tatacara “Road” dan “Dynamic”, motosikal baru ini menjanjikan
tunggangan yang lebih baik dan selesa berbanding model-model terdahulu. Dalam mod “Road”, peredam kawal suai akan menjadi automatik sepenuhnya
untuk keselesaan sepenuhnya dalam segala keadaan tunggangan tidak kira apapun bebannya. Sementara itu, tatacara “Dynamic” mengaktifkan talaan
peredam yang lebih ketat.

Keselesaan redaman yang menakjubkan diganding dengan tindak balas tunggangan yang stabil dapat dijamin oleh kejituan peredam yang ada khusus untuk BMW K 1600 GT ini. Menggunakan beberapa parameter, keadaan tunggangan yang berbeza boleh dikenalpasti dengan tepat untuk mengetahui daya redaman yang diperlukan. Apa yang berlaku adalah kawal suai serta merta bagi daya redaman untuk strut spring hadapan dan belakang memberikan keselesaan tanpa tandingan walaupun dalam kedudukan menyelekoh.

Lebih selesa dan selamat dengan Sistem Tungggangan Tanpa Kunci dan Kawalan Permulaan Bukit.


Penunggang kini dapat menghidupkan BMW K 1600 GT dengan butang pencucuh ataupun melalui tranponder sebagai sokongan. Melalui transponder,
motosikal boeh dihidupkan atau dibuka kuncinya tanpa perlu meletakkan kunci di pencucuh untuk capaian yang selesa. Tambahan juga, Kawalan Permulaan Bukit membolehkan pendakian mudah lereng atau cerun. Ciri baru ini membantu mengekalkan tenaga pendorong ke depan yang diperlukan semasa pendakian walaupun jika penunggang melepaskan tuil brek.

Konsep warna yang individual bagi menyampaikan semangat tersendiri

BMW K 1600 GT membolehkan penunggang berkongsi semangat motosikal yang aktif dan dinamik ini melalui pilihan kemasan warna yang baru. Black Storm Metallic dan Red Mars Metallic menonjolkan komponen teknikal serta perwatakan lincah motosikal ini.

Sementara itu, kemasan Lupine Blue Metallic menyampaikan kebolehan dinamik BMW K 1600 GT ini bersama drivetrain yang dicat hitam. Imej sebuah
motosikal touring yang dinamik dilengkapkan lagi dengan angkup brek dan penghadang angin “Sport” yang lebih kecil yang berwarna keemasan.

Harga runcit disyorkan untuk BMW K 1600 GT baru ini ialah RM159,900.00 (harga asas beserta GST).

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

4 Replies to “BMW Motorrad Malaysia Memperkenalkan BMW K 1600 GT Baru”

Leave a Reply