Tiga Motosikal Indian baru dalam pembikinan

 

 

 

 

 

 

 

  • Chieftain Elite, Chieftain Limited dan juga Roadmaster Classic
  • Kesemuanya akan menggunakan enjin 1,811cc Thunder Stroke V-Twin Indian yang sama

 

 

 

Berdasarkan dokumen yang baru disebarkan oleh rakan kita dari Australia, Indian Motorcycles telah merancang untuk mengeluarkan tiga model baru yang akan menyertai rangkaian mereka yang sedia ada. Ianya merupakan bukti kukuh kekuatan jenama pengilang motosikal Amerika Syarikat ini di pasaran sekarang, berbanding dengan Victory Motorcycles, jenama di bawah syarikat utama yang sama, Polaris. Polaris telah mengumumkan bahawa Victory Motorcycles menghentikan pengeluarannya baru-baru ini.

Sumber : Australian Motorcycle News

 

Merujuk kepada keluaran terkini daripada Australian Motocycles News, Polaris telah melengkapkan dokumen pengesahan emisi bagi ke semua motosikal milik mereka dan tiga nama baru terpapar dalam senarai; Chieftain Elite, Chieftain Limited dan Roadmaster Classic. Dalam dokumen ini juga dinyatakan jenis enjin yang akan digunakan iaitu 1,811cc Thunder Stroke V-Twin, iaitu enjin hakmilik dagang Indian Motorcycles.

 

 

 

Selain berat dan jenis transmisi, tiada butiran lain yang dijelaskan dalam dokumen ini namun jika ianya menggunakan enjin yang sama untuk ketiga-tiga model baru ini, boleh dianggap bahawa ia adalah unit suntikan bahan api dingin-udara dan dingin-minyak yang sama yang menghasilkan lebih kurang 73 kuasa kuda dan tork sebanyak 139Nm. Lajur transmisi yang tertera “M6” atau “Manual Six” barangkali bermaksud yang Indian Motorcyle kemungkinan akan menggunakan aturan klac basah gerakan gear enam-kelajuan (six-speed gear drive wet clutch) bersama pemacu tali sawat bagi setiap satu model-model yang terbaru ini.

Indian Chieftain Dark Horse

 

 

Nama-nama model ini juga satu petunjuk yang penting tentang ke semua motosikal ini. Bagi model Chieftain Elite dan Limited barang kali adalah model Chieftain yang berspesifikasi lebih tinggi dengan lebih banyak kelengkapan atau dengan kelengkapan yang diperbaharui. Model Roadmaster Classic pula berkemungkinan lebih terarah ke kemasan warna retro yang malar segar dan/atau aksesori namun tidak akan menyimpang terlalu jauh dari Roadmaster asli yang ditawarkan pada masa kini.

Buat masa sekarang, hanya itu yang dapat diandaikan. Kita hanya boleh menunggu buat sementara waktu sebelum Indian Motorcycles membuat sebarang pengumuman rasmi tetapi yang pastinya, Indian Motorcycle tampak bersedia untuk tahun 2017 ini.

 

Teruskan bersama MotoMalaya untuk perkembangan selanjutnya.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

4 Replies to “Tiga Motosikal Indian baru dalam pembikinan”

Leave a Reply