10 Jam Tangan Diilhamkan oleh Sukan Motosikal

 

 

 

Jam tangan telah lama dianggap sebagai satu bentuk muktamad barang kemas bagi orang lelaki. Sering kali kita melihat jam tangan sebagai simbol status bagi golongan yang berada dan juga golongan elit. Pembuat jam tangan berseni halus seperti Tissot, Tag Heuer dan Rolex seringkali dikaitkan dan berhubung rapat dengan sukan permotoran. Untuk kali ini, kami akan menyenaraikan beberapa buah jam tangan hebat yang diilhamkan oleh sukan motosikal.

  • Edisi Terhad Tissot T-Race MotoGP 2017

Tissot merupakan penjaga masa rasmi bagi MotoGP dan juga WorldSBK. Acap tahun, Tissot muncul dengan aneka pilihan jam didedikasikan untuk beberapa penunggang utama seperti Nicky Hayden dan juga Jorge Lorenzo. Jam khusus ini adalah dari model MotoGP 2017 yang terhad kepada 5,000 unit sahaja. Bernilai USD1,395 (sekitar RM6,190), jam tangan buatan Switzerland ini diperbuat dari keluli tahan karat 316L beserta saduran PVD hitam dan permukaan kalis calar kristal batu nilam.

  • CVSTOS Challenge Dani Pedrosa

 

CVSTOS ialah pembuat jam Switzerland di tahap super premium. Keghairahan mereka terhadap sukan permotoran dan untuk penunggang Repsol Honda, Dani Pedrosa, telah menggerakkan mereka untuk menghasilkan jam ini yang diperbuat dari titanium hitam, oren dan kelabu. Jam Challenge ini juga mempunyai 25 batu permata yang dibenamkan di atasnya dan ianya amat MENAKJUBKAN. Harganya mungkin menyebabkan sesetengah hampir gugur jantung kerana ia dijual pada harga USD13,900 (sekitar RM61,674) sepasang. Sama ada beli jam ini atau sebuah motosikal sport middleweight. Sesungguhnya ia suatu pilihan yang sukar.

Lotus Marc Marquez Man

 

 

Tidak memeranjatkan bahawa Juara Dunia MotoGP 2016 memiliki barisan jam tangan pengenalannya sendiri dan rangkaian Man ini amat ketara rekaannya. Kaca batu nilam, bekas keluli tahan karat, dan kefungsian kronograf, jam tangan dalam kemasan warna biru legam istimewa ini merupakan satu cara yang hebat untuk mencipta gambaran yang gah bagi sesama peminat sukan permotoran. Didatangkan dengan tanda harga USD570 (RM2,530), ianya merupakan hadiah yang hebat buat mana-mana peminat Marc Marquez di luar sana.

  • TW Steel VR46 TW937

 

Apabila bercerita tentang MotoGP, tidak dapat dinafikan yang Valentino Rossi ialah Yang Terhebat Sepanjang Zaman. Kerjasama antara TW Steel dengan jenama VR46 menjadikan model TW937 antara yang terkemas berada di pasaran. Berukuran 48mm diameter, ianya disertakan dengan tali pengikat silikon dan permukaan kristal galian serta lapisan batu nilam dalam kemasan warna hitam yang unggul. Kalis air sehingga 100 meter, jam ini boleh didapati pada harga USD799 (sekitar RM3,545).

  • Zenith El Primero Stratos Flyback

 

Pernah dengar nama Felix Baumgartner? Bagaimana pula dengan Red Bull Stratos Mission? Lelaki yang terjun udara dari tepian angkasa? Nah, itulah jawapannya! Felix beserta jam Zenith menaiki belon cuaca sehingga ke lapisan stratosfera dan terjun kembali ke bumi pada kelajuan 1,336 km/j! Jam tersebut dapat bertahan dalam perjalanan ekstrim itu. Jika anda berminat memiliki seutas jam yang bersejarah ini, siap sedialah untuk berpisah dengan USD5,670 (sekitar RM25,158). Dengan jumlah yang sama anda dapat memiliki sebuah Kawasaki Ninja 250 serba baru.

  • Omega Speedmaster Racing Co-Axial Chronograph

 

Tiada pembuat jam tangan lain yang dapat mengatakan bahawa mereka terlibat dalam ke semua enam misi lunar oleh NASA. Ini menjadikan Speedmaster salah satu jam paling ikonik sepanjang masa. Kemungkinan juga ianya adalah satu-satunya jam yang telah ke bulan, Kutub Utara dan juga Kutub Selatan. Jam Speedmaster juga telah sekian lama berkait rapat dalam sukan permotoran dan sesungguhnya satu koleksi penting bagi golongan elit dengan tanda harga RM16,700.

  • Triumph Sports Chronograph

 

 

Pengilang motosikal moden klasik ini juga mempunyai rangkaian jam istimewa sendiri dan jam Sports Chronograph ini adalah yang terbaik antara yang terbaik. Ditala dengan Gerakan Kronograf Jepun (Japanese Chronograph Movement) yang teramat tepat, ianya kalis air sehingga 5ATM (sekitar 130 kaki atau 40 meter) di mana ianya lebih dari yang diperlukan untuk menghadapi sebarang perjalanan motosikal tanpa mengira cuaca. Tali pengikat berlapik yang selesa ini diperbuat seratus peratus daripada kulit dan permukaan serta jahitan datang dalam tiga warna berbeza; hitam, perak dan merah. Ianya boleh menjadi milik anda pada harga £299 (sekitar RM1,640).

  • Casio G-Shock G-Steel

 

Jam G-Steel, jam G-Shock yang paling teguh dalam koleksinya. Diperbuat dari struktur pengadang berlapis, binaan bezel dwi-lapis menggunakan keluli tahan karat dan resin, memberikan ia rupa kemasan logam yang kemas dan teguh. Dengan panel solar untuk mengecas semula bateri, anda tidak perlu risau tentang jangka hayatnya. Dapatkannya pada harga yang berpatutan bermula dari USD320 (sekitar RM1,420).

  • Edisi Terhad Seiko Giugiaro Design

 

Pembuat jam legenda Jepun ini bekerjasama dengan firma rekaan Itali Giugiaro Design atau juga dikenali sebagai Italdesign dalam pembuatan jam tangan berkaitan sukan permotoran. Bagi jam yang ini, ianya direka khusus untuk penunggang motosikal dengan jarum yang serong dan condong ke arah penunggang bagi memudahkan penunggang melihatnya ketika menunggang. Ada lima model berbeza dan ke semuanya direka untuk berfungsi tanpa cela menggunakan tanda kenalan Seiko, gerakan kronograf kuartz (quartz chronograph movement). Ianya dijual dari USD290 sehingga USD339 (sekitar RM1,287 hingga RM1,504).

  • Graham Silverstone RS Endurance 24HR

 

Tidak banyak jam yang dihasilkan sebagai tanda penghormatan kepada salah satu litar ikonik Eropah dan perlumbaan ketahanannya yang tersohor. Ini mungkin antara salah satu di antara jam tangan yang diinspirasikan oleh sukan permotoran yang mana jarum saatnya dibentuk untuk kelihatan seakan cakera brek dan tali pengikat bermotifkan tayar lumba. Jam ini juga mempunyai fungsi kronograf berkembar untuk kiraan perlumbaan 24 jam dan juga waktu pusingan litar. Dengan tanda harga USD14,580 (sekitar RM64,700), ianya lebih kepada pelaburan untuk golongan yang kaya dan berada.

Begitulah adanya, para peminat sukan permotoran. Ini adalah pendapat kami tentang jam yang terbaik dilhamkan oleh motosikal/sukan permotoran. Semestinya ada banyak lagi jam di pasaran yang boleh disebut dalam artikel ini tetapi jika hendak disenaraikan semua, senarai ini tidak akan berkesudahan kerana terlalu banyak pilihan menraik untuk dimuatkan. Ke semua pilihan di sini adalah antara yang paling menarik dalam tanggapan kami. Sudah semestinya ia adalah pilihan menarik sebagai hadiah untuk penggemar sukan permotoran/motosikal dalam hidup anda.

5 Replies to “10 Jam Tangan Diilhamkan oleh Sukan Motosikal”

Leave a Reply