Naza Premira Lancar Kempen “Vespa, Why Drive? Let’s Ride…”

  • 2016 Vespa Sprint 150 ABS dan Primavera 150 ABS serendah RM380 sebulan

  • Petrol percuma selama ENAM BULAN jika beli Vespa sewaktu tempoh kempen 

Naza Premira Sdn Bhd baru sahaja melancarkan kempen terbaru mereka iaitu “Vespa, why drive? Let’s ride”.

Menurut Encik Farouk Faisal, CEO Naza Premira Sdn Bhd, beliau berkata “Dalam keadaan harga petrol yang tidak menentu, tol dan cas tempat letak kereta yang kian meningkat, kami ingin galakkan anda semua dengan cadangan untuk membawa Vespa ke tempat kerja sebagai alternatif membawa kereta.”

Beliau juga menambah “Model-model Vespa terbaru ini dilengkapi dengan enjin I-Get dengan suntikan bahan api, ABS dan juga port USB untuk penjimatan petrol, keselamatan dan kesenangan para pengguna semua.”

Kempen Vespa anjuran Naza Premira ini akan berlangsung sehingga 30 Jun 2017. Bagi setiap pembelian Vespa, anda akan mendapat minyak petrol percuma selama enam bulan dari semua peniaga yang mengambil bahagian di seluruh negara (hanya untuk model terpilih dengan terma dan syarat).

Bagi yang berminat untuk membeli Vespa Sprint 150 ABS atau Primavera 150 ABS, bayaran ansuran mampu milik bermula dari RM370 sebulan.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply