MotoGP: Aprilia Lancar RS-GP dengan warna 2017

Aprilia baru sahaja melancarkan jentera yang akan bertanding dalam kejuaraan MotoGP 2017. Aprilia bersama dua pelumba terbaru bagi musim tahun ini adalah Sam Lowes dari United Kingdom dan Aleix Espargaro dari Sepanyol.

Sejak penyertaan semula pengeluar motorsikal berkuasa tinggi dalam MotoGP, mereka telah banyak mengharungi pelbagai cabaran dan kesukaran untuk bertanding bersama motor-motor yang laju terutama dari Honda dan Yamaha. Tahun ini, mereka akan mencuba sekali lagi untuk berada di tapak hadapan dengan jentera dan pelumba baru.

Aprilia telah banyak membelanjakan masa, penyelidikan dan pembangunan untuk jentera RS-GP mereka tetapi setakat ini, mereka masih tidak mendapat keputusan yang diingini sewaktu dua sesi ujian di Sepang dan juga Phillip Island, Australia.

https://www.youtube.com/watch?v=0z-1PewftfU

Jika anda lihat gambar-gambar dari Aprilia dengan leblih teliti, anda dapat melihat bawa reraub (fairing) biasa telah dipasang pada motorsikal mereka. Reraub dengan tambahan aerodinamik yang diuji sewaktu sesi ujian di Phillip Island beberapa minggu yang lepas tidak termasuk dalam gambar-gambar tersebut.

Kemungkinan besar Aprilia tidak mahu menunjuk hasil keluaran mereka kepada pengeluar yang lain. Adakah Aprilia telah jumpa rahsia aerodinamik yang terbaik untuk musim MotoGP tahun 2017? Kita hanya akan dapat tahu sewaktu sesi ujian terakhir di Qatar yang akan bermula Jumaat ini.

Enjin RS-GP juga telah melalui beberapa evolusi tetapi masih menggunakan formasi V4 yang mampu menjana lebih dari 260hp dengan penggunaan injap pneumatik. Dengan penggunaan kotak gear jenis teknologi ‘seamless’ yang mampu menukar pilihan gear dengan lebih cepat untuk semua gear sewaktu upshifts dan downshifts.

Persoalan sekarang, adakah Aprilia mampu menjana keputusan yang bagus dari jentera RS-GP mereka? Mampukah Sam Lowes dan Aleix Espargaro membawa Aprilia ke tangga tertinggi? Apa yang kami tahu, musim tahun ini mungkin akan menjadi musim yang paling sengit dalam sejarah MotoGP dimana pengeluar-pengeluar seperti Yamaha, Honda, Ducati, Aprilia dan tahun ini, KTM juga telah bersiap sedia untuk menyertai.

Sumber Foto: Aprilia

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

5 Replies to “MotoGP: Aprilia Lancar RS-GP dengan warna 2017”

Leave a Reply