Harley Davidson Lancar 2017 Road King Edisi Khas

 

  • Road King Edisi Khas dengan penampilan lebih gelap dan berani

  • Enjin Harley Milwaukee-Eight™ 107 (1,753cc) berwarna hitam

Harley Davidson baru sahaja melancarkan sebuah motorsikal edisi khas bagi model Road King mereka. Edisi khas ini mempunyai beberapa perubahan dari segi rupa dan juga prestasi yang menambahbaikkan lagi model Road King.

Antara ciri-ciri istimewa yang terdapat pada motor ini ialah bar pemegang jenis “mini ape”, beg simpanan barang yang lebih luas dan juga fork dan penyerap hentak yang lebih baik. Harley mengata bahawa pengendalian dan keselesaan ketika menunggang lebih baik dengan penambahan bagi edisi khas Road King ini.

Lagi satu ciri istimewa ialah enjin warna hitam. Ia merupakan enjin pertama Milwaukee-Eight™ 107 (1,753cc) yang diberi warna hitam mengikut tema edisi khas ini. Motor ini walaupun mempunyai enjin yang besar hanya perlu 5.2 liter petrol bagi setiap 100km.

Menurut naib presiden bagi gaya dan reka bentuk Harley Davidson, Brad Richards, dia mengata dengan menukar bahagian krom dengan warna hitam dan juga merendahkan lagi profil motor ini, kami telah memberi imej Road King yang lebih menarik dalam dunia pengubahsuaian motorsikal jenis “bagger”.

Tiada berita lagi bila motor Harley ini akan sampai di Malaysia. Apa yang pasti ialah ia akan datang dalam empat warna berbeza; “Vivid Black, Charcoal Denim, Hot Rod Red Flake Hard Candy Custom atau Olive Gold.” Harga yang ditawarkan di UK ialah £19,995 (dalam RM111,191).

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

One Reply to “Harley Davidson Lancar 2017 Road King Edisi Khas”

Leave a Reply