Helmet ‘Winter Test 2017’ Valentino Rossi

  • AGV Pista GP-R

  • Gambaran kediaman bersalji Rossi di Tavullia

  • Helmet terbaik dari AGV

Seperti ramai yang mengetahui, sesi ‘winter test’ MotoGP baru sahaja berlangsung di Sepang International Circuit (SIC) pada minggu lepas dari 30 Januari hingga 1 Februari 2017. Dan seperti biasa, pelumba MotoGP yang digemari ramai iaitu Valentino Rossi telah melalui sesi ujian tersebut dengan edisi helmet khas yang istimewa.

Helmet yang telah direka khas bagi Valentino Rossi telah dibuat oleh artis terkemuka iaitu Alberto Drudi Dari Drudi Performance. Alberto merupakan salah satu kawan rapat Rossi yang telah lama bekerjasama bersama pelumba MotoGP tersebut. Bermula dari musim tahun lepas, Valentino Rossi telah mula menggunakan helmet terbaru dari AGV iaitu AGV Pista GP-R.

 

Bagi rekaan ‘winter test’ tahun ini, Alberto telah menggambarkan kawasan halaman Rossi iaitu di Tavullia, Italy dalam keadaan bersalji yang sejuk dan tenang. Walaupun sesi ujian dilakukan sewaktu musim sejuk, keadaan di Sepang pula adalah bertentangan dengan suhu 35°C di kawasan litar.

Foto dari: MCN

Helmet AGV Pista GP merupakan helmet yang telah direka khas untuk Valentino Rossi beberapa tahun yang lepas. Melalui evolusi dan teknologi yang kian moden, AGV telah menambahbaikan lagi Pista GP dan pada tahun lepas, mereka mengeluarkan Pista GP-R.

Foto dari: MCN

Apa yang membuat helmet ini istimewa ialah sistem penghidratan bersepadu di dalam helmet tersebut tanpa memberi gangguan kepada pelumba sewaktu perlumbaan dijalankan. Mengikut spesifikasi yang lain, ia juga mempunyai ‘spoiler biplano’ yang lebih agresif dan juga memberi kesan aerodinamik yang lebih efektif. Cangkerang helmet ini juga diperbuat dari 100% gentian karbon dengan jumlah berat keseluruhan hanya 1,049gram. Rekabentuk yang lebih padat dan ringan member Rossi dan pelumba-pelumba yang lain lebih aerodinamik, selesa dan juga lebih selamat dalam kemalangan.

Jika anda ingin membeli sebuah AGV Pista GP-R, boleh mula menabung sekarang kerana harga bagi model biasa dijual di Amerika Syarikat bermula pada harga USD1,400 atau RM6,200! Walaupun harga yang dijual adalah tinggi, segala teknologi, pengalaman dan ilmu dari AGV telah disalurkan kepada pembinaan helmet ini dengan pertolongan pelumba-pelumba dari MotoGP dan juga juara 9-kali, Valentino Rossi.

Foto dari: MCN

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

One Reply to “Helmet ‘Winter Test 2017’ Valentino Rossi”

Leave a Reply