2017 Kawasaki Z900 ABS Standard/SE di Malaysia – 125PS Sugomi – RM58k (spesifikasi lengkap disertakan)

KAWASAKI Z900 ABS: KEASLIAN TERSERLAH

The Kawasaki Z900 baru adalah ahli terbaru dalam keluarga Z yang ikonik. Gabungan gaya agresif “Z Supernaked” dan reka bentuk sugomi elemen Z900 dengan elegan, rekabentuk fizikal yang menarik dan keterampilan enjin yang padat. Dengan hanya sekali pandang, anda akan jatuh cinta. Elemen reka bentuk sugomi utama, seperti dalam posisi ” ingin menyerang” – kedudukan kepala yang rendah dan bahagian ekornya yang melentik, memberi Z900 bayangan yang berbeza. Meletakkan dirinya lebih dikenali sebagai model “Z Supernaked”. Penampilan tegap ini ditekankan oleh rekaan tirus, rupa bentuk fizikal yang menampakkan imej ringan, tangkas dan mencerminkan prestasi sporty. Sebagai motosikal yang memenuhi keperluan pelbagai penunggang dan berprestasi tinggi, Z900 baru pasti akan mengujakan.  

Direka dengan prestasi sugomi untuk keseronokan menunggang secara maksimum, Z900 baru ini dilengkapi dengan enjin Empat selinder sebaris dalam rangka ultra- ringan serba baru yang mencerminkan imej jitu dan aggresif yang hanya penunggang “Z” sahaja yang boleh mengalaminya. Z900 yang berkuasa 948cc sejukan cecair, 4 lejang enjin Empat selinder sebaris, mempunyai ciri-ciri responsif jentera yang cepat dan kuasa pertengahan yang kuat yang menarik kuat kuasa pecutan kepada garisan merah meter. Walaupun enjin menjadi lebih berkuasa apabila semakin tinggi tahap jarum meter meningkat, penghantaran kuasa yang lancar menjadikan ia amat mudah diuruskan dan mampu memberi keyakinan kepada penunggang. Untuk menambahkan lagi keseronokkan ketika penunggangan, bunyi kemasukan tujahan angin ke kotak udara menggalakkan anda untuk lebih memulas pendikit Z900. Bentuk kotak udara itu sendiri direka berdasarkan ujian akustik yang dijalankan di dalam bilik suara. Bunyi kemasukan udara daripada Z900 adalah jelas dan lembut. Corong kemasukan udara yang berbeza-beza panjangnya (50mm untuk set bahagian luar; 150mm untuk set dalaman) menawarkan keseimbangan antara prestasi dan bunyi kemasukan. Set dalaman tambah menyumbang kepada prestasi rpm rendah dan pertengahan, manakala set luar yang lebih pendek menyumbang kepada bunyi kemasukan angin.

Salah satu komponen utama untuk pengurangan berat Z900 yang baru ini adalah rangka Trellis serba baru yang mempunyai berat 13.5kg dan menyumbang dengan ketara kepada faktor pengurangan berat serta pengendalian lincah model ini. Perbezaan dalam berat keseluruhan adalah sangat ketara sebaik sahaja motosikal ini ditegakkan dari tongkat sisinya. Komponen rangka keluli tegangan tinggi mengikuti garisan yang ideal. Diperbuat selurus yang mungkin dan diperbentukkan sudut yang tepat, menyebabkan reka bentuk yang dapat menyebarkan tekanan dengan sangat baik.

Kuasa membrek hadapan terdiri daripada cakera brek berkembar 300mm bersama- sama dengan empat angkup omboh dengan pad brek resin membolehkan banyak kuasa membrek untuk penunggang baru dan yang berpengalaman, manakala cakera kelopak brek tunggal 250mm bertugas di belakang. Z900 baru ini dilengkapi dengan sebuah unit ABS Nissin yang padat dan ringan, mematuhi standard Eropah.

Z900 ini menggunakan KLAC “Assist and Slipper” yang berbeza daripada klac standard. Ia mempunyai dua cam yang membolehkannya beroperasi serentak atau berasingan. Dengan cam “Assist” ini, ia mengurangkan jumlah bebanan spring klac dan dengan itu, menyebabkan tuil tarik klac yang terasa lebih ringan apabila digunakan. Dalam hal keadaan penurunan gear yang pantas atau yang tidak dapat dielakkan, cam “slipper” akan berfungsi untuk memaksa hub klac dan plat, beroperasi secara berasingan. Ini akan mengurangkan tekanan ke atas plat klac dan mengurangkan pantulan kembali tork serta membantu mencegah tayar belakang dari melompat atau melantun ketika tunggangan ekstrim memasuki selekoh.

Kewujudan cam “slipper” adalah untuk bertindak balas apabila dengan cara hub dan plat beroperasi secara berasingan apabila terdapat kejadian enjin tiba-tiba membrek kerana pengurunan gear yang cepat atau dengan tidak sengaja. Dengan ini, tekanan ke atas plat klac dikurangkan untuk mengurangkan pantulan kembali tork serta membantu mencegah tayar belakang dari melompat atau melantun ketika tunggangan ekstrim memasukki selekoh.


Z900 mempunyai penyerap hentakan depan jenis terbalik bersaiz 41mm yang mempunyai lantunan redaman tanpa lapisan dan spring bebanan boleh laras dalam tiub suspensi kiri. Tuil pelarasan terletak di bahagian penutup atas penyerap hentakan ini. Sementara itu, penyerap hentakan tunggal belakang berposisi mendatar diletakkan atas lengan ayun. Susunan ini menyumbang kepada pemusatan bentuk keseluruhan, di samping memastikan bahawa kedudukan penyerap hentakan tunggal itu terletak cukup jauh dari ekzos dan mengelakkan operasinya terjejas oleh haba.

Rupa bentuk meter baru pelbagai fungsi mempunyai susun atur yang mudah untuk dibaca. Tachometer analog mempunyai kedudukan gear pada skrin LCD dan menawarkan tiga mod paparan boleh dipilih, membolehkan penunggang untuk menala peralatan mereka untuk disesuaikan dengan pilihan mereka dan menambah elemen visual untuk penunggangan yang lebih menyeronokan. Tachometer ini juga berfungsi sebagai penunjuk pertukaran gear, berkelip di set rpm yang ditentukan.

Z900 baru ini tersedia dengan skim warna Kelabu manakala Edisi Khas datang dalam skim warna Biru.

Edisi khas ini juga dilengkapi dengan aksesori seperti grafik khas, perlindungan kerusi tunggal, penutup meter, DC outlet, Pelindung radiator, slider, pelindung enjin, slider gandar depan, pad tangki dan pad lutut.

Galeri 2017 Kawasaki Z900 ABS Standard

 

Galeri 2017 Kawasaki Z900 ABS Special Edition

 

Harga untuk 2017 Kawasaki Z900 Standard dan SE ini dijangkakan dalam linkungan RM58,000 (asas).

Spesifikasi Teknikal 2017 Kawasaki Z900

26 thoughts on “2017 Kawasaki Z900 ABS Standard/SE di Malaysia – 125PS Sugomi – RM58k (spesifikasi lengkap disertakan)”

Leave a Reply