Modifikasi Honda CBR250RR oleh TRICK STAR, Jepun

TRICK STAR R&D dari Jepun memperlihatkan jentera Honda CBR250RR yang telah mereka ubahsuai untuk mencapai sasaran kelajuan 200km/h.

Pada kali pertama melihat jentera ini, ia nampak seperti Ninja 250 dari rupa reraupnya, tetapi bila bahagian enjinnya didedahkan, enjinnya adalah dari Honda.

CBR250R sememangnya diciptakan untuk prestasi tetapi TRICK STAR membawanya ke aras prestasi yang lebih tinggi.

Ujian ini dijalankan di litar Suzuka dengan beberapa perubahan pada enjin dan juga pada ECU untuk melepaskan pengehad kelajuan pada sistem elektronik ini.

Sumber: Young Machine FB dan https://www.trickstar.jp/trickstar-nagoya/1719

7 Replies to “Modifikasi Honda CBR250RR oleh TRICK STAR, Jepun”

Leave a Reply