Kawasaki Malaysia membawakan Versys-X 250(RM25k), Z650(RM37k), Ninja 650(RM38k) dan Z900 (RM58k)

Kawasaki Malaysia membawakan kepada rakyat Malaysia 4 jentera yang amat ditunggu-tunggu untuk 2017 ini iaitu Versys-X 250, Z650, Ninja 650 dan Z900. Kesemua model ini adalah model baru yang telah diperkenalkan pada EICMA, Milan, hujung 2016 lalu.

2017 Kawasaki Versys-X 250

Versys-X 250 merupakan jentera 250cc berkonsep kembara yang mengambil asas dari jentera Z250 dan Ninja 250. Saiznya yang tinggi membolehkan anda menunggang Versys-X 250 dalam apa jua keadaan jalan dan mungkin juga meredah hujan dan lopak akibat banjir.



Versys adalah singkatan yang bermaksud ‘Versatile System’ untuk sifatnya yang boleh digunakan samada di atas jalan atau di luar jalan biasa. Rim yang digunakan adalah rim keluli yang mana lebih lentur untuk menyerap hentakan yang ada dalam keadaan jalan yang tidak menentu. Pilihan untuk menggunakan rim keluli adalah untuk membolehkan jentera masih mampu bergerak sekiranya rimnya bengkok sedikit akibat terlanggar sesuatu yang mungkin ada di jalanan anda. Jika dibandingkan dengan penggunaan rim aloi (sport rim), berkemungkinan rim akan patah dan perjalanan tidak dapat diteruskan lagi.

Kawasaki Versys-X 250 ini juga hadir dengan versi Tourer dimana dilengkapi dengan kotak,  pelindung tangan dan beberapa aksesori lagi.


Paparan meternya nampak mewah dengan paparan digital bersama-sama meter putaran enjin analog.

Suspensi belakang dimantapkan dengan sistem Uni-Trak yang sesuai untuk pelbagai jenis hentakan daripada jalan-jalan yang bervariasi.

2017 Kawasaki Z650

2017-kawasaki-z650-engine-01Kawasaki Z650 hadir dengan enjin 2-silinder selari berkapasiti 649cc ditala untuk keseronokan pada 3,000 – 6,000RPM yang mampu memberikan kuasa 68hp, yang mana sangat sesuai sebagai jentera pertengahan (mid-range). Kawasaki juga menyatakan bahawa enjin juga 6.8% lebih jimat dengan kadar penjimatan pada 23.4km/l.

2017-kawasaki-z650-suspension-01

Suspensi belakang menerima penambahbaikan dengan penggunaan ‘Horizontal Back-link Rear Suspension‘ yang mana memberikan keselesaan pada perjalanan jauh dan cengkaman yang baik semasa pembelokan dengan serapan hentakan yang baik. Suspensi depan pula hadir saiz yang besar pada 41mm.

2017-kawasaki-z650-meter-01

Panel meter yang digunakan adalah sama dengan Kawasaki Ninja 650 yang menggabungkan analog dan digital yang lebih moden dan senang dibaca. Penunjuk gear juga ada dipaparkan pada bahagian tengah meter ini.

2017-kawasaki-z650-frame1

Rangka kali ini menggunakan rangka Trellis yang tegar sama seperti Ninja 650. Berat Z650 ABS adalah 187.1kg manakala untuk non-ABS 185kg. Berdasarkan nilai ini, Kawasaki Z650 adalah 15-20kg lebih ringan berbanding dengan ER-6n. Sudut kaster adalah 24.5-darjah memberikan kawalan yang dirasakan lebih ringan.

2017-kawasaki-z650-004

Z650 pasti boleh menjadi jentera popular di Malaysia sekiranya harganya sesuai kerana menepati citarasa pengguna jentera roda dua di Malaysia ini terutamanya yang selalu berulang-alik dari kerja dalam 50km setiap hari.

2017-kawasaki-z650-002

Lihat lengan ayun pada belakang Z650 Hijau Limau ini, mengingatkan kita semua kepada lengan ayun pisang, bukan?

2017-kawasaki-z650-003

2017 Kawasaki Ninja 650

Kawasaki ER-6f merupakan model reraup penuh yang berasaskan dari model jalanan ER-6n dan kedua-duanya menjadi jentera popular di Malaysia dalam kategori 600cc. Kini, Kawasaki menyediakan Ninja 650 (ER-6f pada pasaran lain) sebagai jentera hasil naik taraf dari asas ER-6f, namun hasilnya sangat berbeza dengan ER-6f sebelum ini kerana rekaannya sungguh radikal.

Kawasaki Ninja 650 direka dengan garisan-garisan tajam yang lebih mirip kepada jentera adi sukan  iaitu ZX-6R dan secara keseluruhannya rekaan ini lebih kemas.

Lampu hadapan berkembar mengingatkan kita kepada Ninja 250, namun rekaan lampu ini lebih sepet dan tajam di bahagian atasnya.

Panel meter kelihatan moden dengan kombinasi analog untuk meter RPM dan digital untuk meter kelajuan. Penunjuk kedudukan gear juga ada disediakan di tengah-tengah panel meter ini. Kawasaki benar-benar mendengar dan semakin memahami apa yang pengguna mahukan.

Rekaan lampu belakang mempunyai sedikit bentuk ‘X’ yang ringkas.

Palam kuasa juga disediakan untuk memudahkan pengguna jentera ini mengecas telefon atau peralatan navigasi semasa perjalanan jauh ke tempat yang tidak diketahui.

Boleh juga dimuatkan beg tangki jika perlu dan alangkah baiknya sekiranya beg ini diberikan sekali dengan pembelian jentera ini

Gerakan Ninja 650 ini dikuasakan oleh enjin 2-silinder selari dengan 8 injap DOHC

Jika dibandingkan dengan model 2016, Ninja 650 ini mempunyai daya kilas yang lebih linear dan kuasa yang lebih tinggi

Rangka Ninja 650 ini berasaskan rangka Trellis tiub silinder yang sememangnya tegar namun tidak seringan rangka ‘twin spar’ dari aluminium

Sistem gear adalah 6-kelajuan dan dipasangkan dengan sistem klac ‘assist and slip’ untuk lebih kawalan

Selain dari kuasa yang lebih, daya kilas yang lebih linear dan rangka yang lebih tegar; Kawasaki juga tetap memastikan jentera Ninja 650 ini lebih jimat penggunaan berbanding dengan model 2016

Aksesori pelindung enjin juga disediakan untuk Ninja 650 ini

Gambaran tekanan yang dialami oleh rangka dan suspensi belakang semasa pembelokan

Hadir dalam 4 warna. Pearl Blizzard White

Metallic Spark Black

Candy Burnt Orange

Lime Green

2017 Kawasaki Z900

Kawasaki Z900 merupakan jentera yang dikuasakan dengan enjin 948cc yang mampu menjana 125.4PS yang semestinya sudah cukup untuk jentera seberat 210.5kg (atau 208.5 tanpa ABS).

Pengenalan Z900 adalah sesuatu yang mengujakan kerana siri Z dari Kawasaki biasanya hadir dengan tanda harga yang sangat berbaloi. Lihat saja jentera Z800 dimana harganya pada masa ia diperkenalkan adalah RM47k+, hampir separuh harga dari jentera berkuasa 800cc dari jenama lain. Kali harganya sedikit meningkat pada anggaran RM58k

Siri Z adalah jentera untuk jalanan (street naked) yang mempunyai enjin terdedah dengan rangka yang kelihatan ‘raw’.

Harga untuk kesemua model adalah:

Kawasaki Versys-X 250 <RM25k

Kawasaki Z650 <RM37k

Kawasaki Ninja 650 <RM38k

Kawasaki Z900 <RM58k

Semua harga ini adalah termasuk GST. Harga ini adalah anggaran dan dijangkakan tidak melebihi harga yang telah ditetapkan.

Sumber: Kawasaki Motors Malaysia dan BikesRepublic

181 thoughts on “Kawasaki Malaysia membawakan Versys-X 250(RM25k), Z650(RM37k), Ninja 650(RM38k) dan Z900 (RM58k)”

Leave a Reply