Litar Balatonring – kisah litar lumba yang tidak disiapkan

Sumber image dari skyscrapercity melalui CarThrottle

Balatonring, pernahkah anda mendengar nama ini? Mungkin tidak kerana litar ini tidak berjaya disiapkan untuk kegunaan umum.

Gambar dari Speedweek melalui CarThrottle

Litar ini mempunyai susunan yang menarik dengan selekoh-selekoh tajam untuk pemanduan perlahan dan juga selekoh-selekoh laju yang memungkinkan untuk pelumba memotong pesaing mereka.

Sumber dari CarThrottle

Litar ini dibina dengan anggaran kos €80 juta berdekatan dengan tasik Balaton, di wilayah Savoly di Hungary. Litar ini dicadangkan untuk menganjurkan perlumbaan MotoGP pada tahun 2009 dengan batu asas pertama diletakkan pada 6 November 2008 iaitu hanya 10 bulan sebelum MotoGP Balatonring diadakan.

Namun, jika anda masih ingat 2008 juga merupakan satu masa yang dunia mengalami krisis ekonomi dan juga disebabkan keadaan cuaca yang mengganggu pembinaan litar ini, maka penganjuran MotoGP Balatonring ditunda kepada tahun 2010 dimana ramai penganalisis berkata litar ini akan berjaya disiapkan.

Sekali lagi masalah timbul setelah Hungarian Development Bank menolak pinjaman untuk meneruskan projek ini.

Akhirnya, pada 10 Mac 2010, FIM membatalkan penganjuran litar Balatonring dan menggantikannya dengan litar Aragon di Sepanyol.

Sumber: https://www.carthrottle.com/post/here-s-the-story-of-a-promising-race-track-that-was-never-built/

2 Replies to “Litar Balatonring – kisah litar lumba yang tidak disiapkan”

Leave a Reply