Honda memperkenalkan Honda Riding Assist – motor dengan pengimbangan sendiri

Honda memperkenalkan sebuah konsep ‘Honda Riding Assist’ yang mana merupakan jentera yang mampu mengimbangkan dirinya sendiri (swaimbang?) di CES 2017. Teknologi ini diperkembangkan dari teknologi penyelidikan robotik humanoid ‘ASIMO’.

Jentera nampaknya seperti berasal dari model NC750X yang telah diubahsuai untuk memuatkan peralatan robotik dan kawalan bar pemegang.  

Jentera ini boleh mengimbangkan dirinya sendiri tanpa bantuan penunggang dan boleh juga mengambil alih tugas pengimbangan apabila penunggang hilang keseimbangan mungkin apabila terlanggar sesuatu. Sistem ini juga berkesan pada kelajuan rendah untuk mengelakkan jentera ini terjatuh.

Sumber: Young Machine Fb dan http://www.honda.co.jp/news/2016/c170106.html


32 thoughts on “Honda memperkenalkan Honda Riding Assist – motor dengan pengimbangan sendiri”

Leave a Reply