Pad Penukar Gear Komine untuk perlindungan kasut

Sekiranya anda selalu menghadapi masalah dengan kasut kesayangan anda yang tergores dengan tuil penukaran gear motosikal anda, maka pad penukar gear dari Komine ini mungkin adalah satu aksesori yang anda perlukan.  


Saya sendiri tidak menyangka rupanya wujud aksesori ini untuk kegunaan para penunggang motosikal dan masalah ini sebenarnya selalu terjadi kepada saya sekiranya saya memakai kasut kerja yang mudah tergores dan kotor apabila menukar gear dalam keadaan jalan selepas hujan (anda jalan dalam kawasan sedikit berlumpur, lumpur melekat pada tapak kasut, anda tekan gear guna tapak kasut dan akhirnya semasa menaikkan gear, lumpur akan lekat diatas pula).

Pengunaan pad ini juga dapat memberikan lebih cengkaman kepada kaki anda untuk menukar gear ini akan mengurangkan tenaga untuk perjalanan jauh anda yang berbukit.

Sumber: https://www.facebook.com/mukminintrading/posts/220449865045655

18 thoughts on “Pad Penukar Gear Komine untuk perlindungan kasut”

Leave a Reply