2017 Kozi Sport Wheel M5 untuk Yamaha Y15ZR

Kozi Sport Wheels,  satu jenama dari TSR Malaysia,  membawakan rim sukan rekaan terbaru, M5,  untuk Yamaha Y15ZR. Terdapat 3 warna untuk dipilih iaitu Emas,  Hitam dan Biru.  

Warna emas ini cukup menarik untuk digayakan pada Y15ZR yang berwarna hitam kerana akan wujud kontras yang tinggi saling melengkapkan padanan warna keseluruhannya.

Warna biru ini pula sesuai untuk jentera Y15ZR dalam warna Edisi GP yang hadir dalam Race Blu.

Warna hitam ini pula padan dengan semua warna jentera Y15ZR yang memberikan kesan ‘stealth’ tetapi masih mempunyai garisan merah pada bahagian bibir rim yang sama seperti rim sukan yang asal.

Rim sukan Kozi Sport Wheel M5 ini lebih ringan pada berat 7.3kg berbanding 9.0kg pada rim sukan asal.

Harganya tidak dapat dipastikan setakat ini.

Sumber: TSR Motorsport FB

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

One Reply to “2017 Kozi Sport Wheel M5 untuk Yamaha Y15ZR”

Leave a Reply