2017 Honda MSX 125 kini hadir ke Malaysia – RM11,128.94 (termasuk GST)

 

16YM MSX125
Honda MSX125 dalam warna Hyper Yellow

Boon Siew Honda (BSH) nampaknya terus agresif dalam memperkenalkan jentera-jentera baru yang menarik. Kali ini, BSH membawakan kepada rakyat Malaysia jentera genit yang comel iaitu Honda MSX 125 yang mana dikenali juga sebagai Honda Grom di negara lain.

16YM MSX125
Honda MSX125 dalam warna Burning Red

Honda MSX 125 ini hadir dengan enjin satu silinder 125cc 4-lejang yang mampu memberikan kuasa maksima pada 7.2kW (9.65bhp) @ 7,000RPM dan daya kilas maksimum pada 11Nm @ 5,250RPM.

16YM MSX125
Tangki petrol 5.7 liter Honda MSX125

Tangki petrolnya besar pada ukuran 5.7 liter dan mampu bergerak jauh ditambah dengan sistem suntikan bahanapi PGM-FI. Enjin ini selaras dengan piawai Euro 3 terhadap pelepasan CO2 ke alam sekitar.  

16YM MSX125
Lampu hadapan LED Honda MSX125

Iluminasi pada jalanan gelap kini lebih terang dengan penggunaan lampu jenis LED yang lebih tahan lama.

16YM MSX125
Ekzos pada posisi rendah Honda MSX125

Ekzos Honda MSX 125 ini diletakkan pada posisi rendah (low-slung) dengan rekaan peredam berbentuk heksagon.

16YM MSX125
Fork terbalik Honda MSX125

Suspensi hadapan adalah dengan konfigurasi terbalik yang mungkin memberikan prestasi yang lebih baik semasa mengambil selekoh, tapi tidak pastilah anda mahu ambil selekoh berapa laju dengan MSX 125 ini. Brek hadapan dikepit dengan kaliper 2-piston untuk hentian yang cukup mantap.

16YM MSX125
Meter digital Honda MSX125

Paparan meter adalah digital sepenuhnya dan bacaan kelajuan adalah cukup besar untuk anda melihatnya dengan hanya sekali pandang.


16YM MSX125
Kunci jenis ‘Jack Knife’  MSX125

Kunci Honda MSX 125 ini datang dengan jenis ‘Jack Knife’ yang biasanya hadir pada kereta yang mahal. Kunci jenis ini adalah cukup bagus kerana sangat senang untuk dimasukkan ke dalam poket, dapat mengelakkan daripada paha anda tercucuk-cucuk dengan batang kunci ini dan juga dapat mengelak daripada telefon anda tercalar dengan besi kunci ini

16YM MSX125
Honda MSX125

Rangka Honda MSX 125 ini dibuat dari keluli yang tegar namun fleksibel jenis ‘mono backbone frame’.

Harga Honda MSX 125 di Malaysia adalah RM11,128.94 (asas termasuk GST)

*Nota: Versi ini adalah tahun 2016 untuk pasaran lain, namun kami namakan versi ini tahun 2017 khas untuk pasaran Malaysia.

Spesifikasi Teknikal Honda MSX 125

Honda MSX 125 Specs 2017

Honda MSX 125 Specs 2017

Leave a Reply