HONDA ASIAN JOURNEY 2016: Konvoi ke MotoGP, Sepang

_d7n1579

Menemui semula ‘aura’ motorsikal berkuasa tinggi dalam konvoi Honda Asian Journey 2016 ke MotoGP

Honda telah menganjurkan konvoi serantau buat pertama kali meningkatkan kehadiran mereka dalam pasaran motorsikal berkuasa tinggi di Asia. Konvoi ini telah dinamakan Honda Asian Journey 2016.

_d7n1509

Program ini dijalankan sempena perlumbaan 2016 Shell Malaysia MotoGP yang berlangsung hujung Oktober lepas. Sepang International Circuit (SIC) adalah satu-satunya perlumbaan MotoGP yang dianjurkan di Asia Tenggara.

_dx_7382

Honda telah merancangkan konvoi istimewa ini sebagai pentas bagi Honda untuk mempamerkan koleksi motorsikal berkuasa tinggi dan juga falsafah mereka terhadap pengguna di rantau ini.

Akrapovic-Honda-Africa-Twin


Walaupun Honda mempunyai tapak yang kuat dengan barisan motorsikal kapcai (underbone atau cub) dan juga skuter, kehadiran mereka sedikit kekurangan dalam segmen motorsikal berkuasa tinggi. Program Honda Asian Journey 2016 telah direkakhas sebagai langkah pertama untuk menukar persepsi pengguna terhadap motorsikal berkuasa tinggi Honda di rantau ini.

MM_Honda_RS150R_test-ride_-17

Untuk memastikan rancangan mereka berjaya, pengeluar motorsikal terkemuka ini telah mengumpul beberapa rakan kongi serantau bagi pengaturan program ini. Antaranya ialah Honda Vietnam, Honda Thailand,  PT Astra Honda Indonesia dan juga Boon Siew Honda Sdn Bhd.

img_0146

Beberapa wartawan termasuk pelanggan-pelanggan Honda dari seluruh pasaran Asia Tenggara telah dipilih untuk turut meyertai konvoi ini bagi merasai tawaran pengeluar terkemuka sepanjang program lima hari.

nik_3606

Program ini telah memberi peluang kepada semua peserta untuk merasai sendiri barisan motorsikal berkuasa tinggi pelbagai jenis dari Honda dari segi pilihan gaya hidup, ciri-ciri keselamatan, teknologi dan juga dunia sukan bermotor.

_d7n0906

Pada hari pertama, Honda telah merancangkan kursus menunggang dengan selamat di Honda Safety Riding Park di Phuket, Thailand. Kursus ini dijalankan untuk menyediakan para peserta untuk menunggang jarak jauh ke Sepang. Ia juga bertujuan untuk menunjukkan usaha AP Honda Thailand peneraju pasaran Honda serantau.

img_0272

Hari kedua dimulakan dengan aktiviti yang paling popular bagi penunggang motorsikal berkuasa tinggi iaitu konvoi masuk ke Malaysia melalui sempadan Sadao. Konvoi 50 buah motor ini bergerak ke arah Pulau Pinang dimana Boon Siew Honda memberi peluang kepada semua peserta untuk merasai menunggang di Malaysia.

_d7n1548

Bagi Boon Siew Honda, program ini merupakan peluang keemasan untuk mempamerkan semua jenis motorsikal berkuasa tinggi mereka dan juga falsafah setiap motor kepada pengguna tempatan. Mereka juga telah menganjurkan “roadshow” khas di Gurney Paragon sempena konvoi tersebut.

_dx_3485

Hari ketiga bertemakan dunia sukan bermotor dimana Boon Siew Honda telah membawa peserta ke Malaysia Cub Prix mini yang mempamerkan pasukan-pasukan dan pelumba-pelumba yang menggunakan jentera Honda.

_d7n1948

Sukan perlumbaan bermotor merupakan antara element teras dalam jualan motorsikal berkuasa tinggi Honda dan turut memberi kesan sampingan yang positif bagi model-model cub atau kapcai seperti yang telah terbukti dalam Cub Prix.

_dx_3986

Konvoi terus bersambung tunggangan jarak jauh ke arah Kuala Lumpur sebelum hadir di Sepang International Circuit (SIC) pada hari keempat dan kelima. Sepanjang konvoi tersebut, peserta-peserta mendapat peluang untuk merasai pelbagai jenis motorsikal berkuasa tinggi dari Honda.

_fxp9567

Selain dari siri CB500, CB650 dan NC700, Honda juga membekalkan maxi-skuter Integra, NM4 dan juga CTX700 yang unik. Terdapat juga beberapa Honda Gold Wing dan juga F6 jenis “cruiser” dalam konvoi Honda Asia Journey 2016.

_d7n2721

Antara aspek yang paling menarik dalam program ini ialah peserta dapat mencuba sendiri teknologi Honda DCT (Dual Clutch Transmission). Ia merupakan antara teknologi yang paling unik dalam segmen motorsikal berkuasa tinggi dimana pengguna mendapat lebih kebebasan semasa menunggang tanpa perlu risau tentang penggunaan klac atau tuil gear.

imej kredit: Bikes Republic
imej kredit: Bikes Republic

Sistem gear otomatik Honda DCT lebih senang untuk digunakan bagi meningkatkan kenikmatan menunggang. Penunggangan menjadi kurang penat apabila sistem ini digunakan pada motorsikal seperti VFR1200. Sistem ini juga boleh digunakan semasa “off-road” pada model Honda lain seperti NC700X.

Jelas ternyata kekaguman dari semua peserta dengan prestasi motorsikal yang menggunakan sistem Honda DCT ini. Dengan pelaburan yang besar dari Honda untuk sistem DCT, kemungkinan besar juga sistem ini akan hadir pada motorsikal-motorsikal berkuasa tinggi yang lain termasuk jentera perlumbaan mereka.

_d7n3149

Honda Asian Journey 2016 juga bertujuan untuk memajukan lagi dunia sukan bermotor di Asia Tenggara. Kehadiran besar Honda dalam sukan bermotor di rantau ini membangunkan lagi aspek ini seperti mana yang telah disebut semasa siding akhbar Honda Racing Asia pada hari keempat.

_dx_5435

Antara perkara yang telah ditekankan adalah rombakan beberapa siri perlumbaan Honda serantau dan juga gabungan Honda Asia Dream Cup dan Asia Talent Cup Moto3 yang akan dijalankan serentak. Matlamat utama mereka adalah untuk menyelaraskan pembangunan pelumba Asian berprestasi tinggi dan juga untuk memupuk generasi yang akan datang seperti mana yang berlaku kepada Khairul Idham Pawi.

_d7n2487

Peserta-peserta konvoi juga mendapat peluang istimewa untuk bertemu dengan Juara MotoGP 2016 dan juga pelumba Honda, Marc Marquez. Turut menyertai sesi ini adalah Hiroshi Aoyama.

_dx_5258

Peserta-peserta Honda Asian Journey 2016 juga mendapat layanan istimewa dengan tempat duduk khas di “grandstand” dan juga paddock hospitaliti. Boon Siew Honda juga telah mengaturkan pameran yang cukup hebat di Mall Area sepanjang perlumbaan MotoGP berlangsung.

_d7n2369

Antara pameran yang cukup menarik ialah generasi terbaru Honda CBR1000RR Fireblade SP, Honda CBR250RR dan juga RC213V-S replica jentera GP. Terdapat juga model-model lain yang menarik perhatian kami iaitu siri CB500 terbaru dan juga CRF1000L Africa Twin Adventure.

_d7n2834

Penghujung Honda Asian Journey 2016 sepanjang lima hari tamat setelah perlumbaan berakhir pada hari Ahad. Apa yang lebih penting ialah Honda berjaya menjalankan program dimana mereka dapat mempamerkan imej motorsikal yang menarik kepada semua pihak.

_dx_5642

Pada penghujung hari, program ini telah berjaya menarik perhatian dan minat dari lebih ramai orang yang pasti akan menantikan rancangan-rancangan yang lebih menarik dari Honda dalam masa akan datang.

_d7n2701

Imej kredit: GREGSVIDEO.COM / BOON SIEW HONDA

 

Leave a Reply