2017 Kawasaki Versys-X 250 telah hadir ke Indonesia – jentera kembara 250cc

2017-versys-x-250-indonesia

Saat pengeluar lain sibuk menyiapkan jentera ‘sport’ dalam kategori 250cc, Kawasaki bertindak dengan cara yang berbeza dengan terus mempersembahkan jentera 250cc dalam kategori kembara (tourer). Hasilnya adalah 2017 Kawasaki Versys-X 250 City / Versys-X 250 Tourer.

Kawasaki Versys-X 250 merupakan jentera yang baru sahaja diperkenalkan pada awal November ini, dan nampaknya Kawasaki Indonesia tidak menunggu lama untuk membawa Versys-X ini ke rantau Asia Tenggara ini.  

Kawasaki Versys-X 250 City adalah model asas tanpa kotak tepi dan aksesori yang lain, ini berkemungkinan dilakukan untuk mengurangkan kos awal pembelian jentera ini dan pengguna boleh memilih untuk memuatkan aksesori yang diinginkan mengikut kehendak sendiri.

17_kle250b_g_01

Manakala Kawasaki Verys-X 250 Tourer telah dilengkapi dengan pelbagai aksesori untuk kembara jarak jauh iaitu kotak tepi, lampu ‘spot’, pelindung tepi dan ‘port’ 12V DC.


17_kle250b_g_06

Port 12V DC ini amat berguna untuk mengecas telefon dan peralatan navigasi semasa dalam perjalanan jauh. Malah boleh digunakan untuk mengecas ‘powerbank’ yang mana boleh digunakan sebagai sumber tenaga untuk menyalakan lampu 5V mudah alih semasa berkhemah nanti.

17_kle250b_g_07

Pelindung tangan ini nampak seperti biasa sahaja, tapi fungsinya penting juga. Dengan adanya pelindung tangan ini, cuaca sejuk pada waktu pagi dan cuaca ekstrem dapat dielakkan dan ini memberikan keselesaan kepada penunggang.

17_kle250b_g_18

Sistem enjin pula dilengkapi dengan sistem ‘Assist & Slipper Clutch‘ yang memberikan lebih kawalan kepada pengguna dalam situasi pembrekan dan pencepatan semasa mengambil selekoh.

17_kle250b_g_17

Kawasaki Versys-X 250 ini hadir dengan enjin 2-silinder yang mampu menjana 32hp @ 11,000RPM dengan daya kilas pada 21.7Nm @ 10,000RPM.

17_kle250b_g_19

Terdapat dua versi Versys-X 250 iaitu dengan ABS dan tanpa-ABS. Pada pendapat saya, sekiranya anda sedang memilih motosikal, pilihlah yang ada ABS walaupun harganya lebih mahal, kerana keselamatan adalah lebih mahal.

Spesifikasi Teknikal 2017 Kawasaki Versys-X 250 / Tourer

Type: Liquid-cooled, 4-stroke Parallel Twin

Displacement: 249 cm3

Bore and Stoke: 62.0 x 41.2 mm

Compression ratio: 11.3:1

Valve system: DOHC, 8 valves

Fuel system: Fuel injection: ø28 mm x 2 with dual throttle valves

Ignition: Digital

Starting: Electric

Lubrication: Forced lubrication, wet sump

Max Power: 32hp / 11,000 rpm

Max Torque: 21.7 N.m / 10,000 rpm

Harga 2017 Kawasaki Versys-X 250 City di Indonesia adalah Rp61.9 juta (tukaran terus RM20,412.09)

Harga 2017 Kawasaki Versys-X 250 Tourer di Indonesia adalah Rp72.7 juta (tukaran terus RM23,973.49)

Sumber specs dari: https://bmspeed7.com/2016/11/30/pt-kmi-resmi-rilis-kawasaki-versys-x-250-ini-dia-spesifikasi-fitur-harga-dan-opsi-warnanya-siap-ngiler-deh/

Sumber: https://www.facebook.com/KawasakiIndonesia/posts/1132555723506364

Leave a Reply