Perhimpunan Terbesar Vespa Ulangtahun ke-70: ENAM Model Baru!

dsc_0186

Sabtu lepas merupakan sambutan ulangtahun ke-70 Vespa bertapak di dunia ini sejak 1946 dengan ciptaan pertama mereka iaitu Vespa 98. Naza Premia (Vespa Malaysia) mengambil peluang dalam sambutan “Largest Vespa Gathering” di Publika KL untuk melancarkan enam model terbaru keluaran Vespa.

dsc_0141

Terdapat 3 model ulangtahun iaitu Vespa Primavera 70th Anniversary, Vespa GTS 70th Anniversary dan yang paling menarik Vespa PX 70th Anniversary yang merupakan Vespa klasik 2 strok yang telah dikeluarkan semula sempena ulangtahun ke-70 Vespa.

dsc_0033

3 model yang lain adalah Vespa Sprint ABS, Vespa Sprint Adventure dan Vespa Primavera ABS. Semua model ini telah dikemaskinikan untuk tahun 2016.

dsc_0094


Semua keluaran terbaru Vespa ini turut menyertai konvoi terbesar Vespa yang pernah dianjurkan oleh mana-mana pihak di Malaysia. Lebih 500 Vespa moden dan klasik menyertai konvoi dari Naza Auto Mall Petaling Jaya ke Publika KL untuk menyambut acara istimewa ini.

dsc_0259

Terdapat juga beberapa model yang cukup menarik perhatian kami semasa konvoi tersebut termasuk satu Vespa yang mempunyai ‘sidecar’.

dsc_0191

Turut menyertai konvoi terbesar ini adalah Vespa 946 dan juga Vespa 946 Emporio Armani yang cukup istimewa. Sambutan meriah dari semua model dan pemilik Vespa merupakan rekod terbesar bagi Vespa dan juga Naza Premia.

dsc_0261

Setelah tiba di Publika KL, sambutan ulangtahun bersambung dengan pameran keenam-enam keluaran terbaru Vespa. Terdapat juga beberapa permainan karnival dan persembahan dari artis-artis tempatan termasuk nama terbesar dalam dunia Vespa Malaysia iaitu Amy Search.

dsc_0167

Berikut adalah butiran berkenaan model-model terbaru keluaran Vespa.

2016 Vespa PX 70th Anniversary

dsc_0050

Model ini merupakan model paling istimewa keluaran Vespa sempena sambutan ulangtahun ke-70. Dengan warna biru ‘Azzuro 70th Anniversary’, ia merupakan Vespa PX 2 strok klasik yang moden. Dengan tempat duduk dan beg khas ulangtahun ke-70, Vespa edisi terhad ini juga mempunyai enjin 150cc 2 strok yang juga mematuhi piawaian Euro 3.

dsc_0033

Hanya 36 unit sahaja yang dikeluarkan untuk Vespa PX ini yang akan dibawa masuk ke Malaysia dan hampir semua telah ditempah. Vespa PX ulangtahun ke-70 akan dijual dengan harga RM26,000 (harga asas tanpa GST).

2016 Vespa GTS 70th Anniversary

1_br_vespa_my_70_launch_-24-696x522
Imej dari Bikes Republic

Model GTS juga merupakan salah satu model yang dipilih khas untuk sambutan ulangtahun Vespa. Vespa GTS 150 Super telah dikemaskinikan dengan warna biru istimewa ulangtahun, tempat duduk kulit dan juga beg bersama tempat letak beg krom.

dsc_0069

Model ini menggunakan enjin yang sama dalam GTS 150 Super iaitu 154.8cc satu silinder, 3 injap dengan suntikan bahan api. Kuasa maksimum adalah 14.8hp pada 9,750rpm dan tork maksimum 12Nm pada 7,500rpm.

dsc_0072

Casis Vespa ini telah dilengkapkan dengan sistem suspensi khas dari Vespa iaitu ‘Enhanced Sliding Suspension (ESS) dimana lengan ayun sesisi di bahagian hadapan dan penyerap kejutan hidraulik yang boleh dilaraskan. GTS ini juga mempunyai brek cakera hadapan dan rim 12 inci.

Imej dari Bikes Republic
Imej dari Bikes Republic

Model GTS ulangtahun ini juga hanya terhad kepada 38 unit di Malaysia dengan harga asas RM18,500 (harga asas tanpa GST).

2016 Vespa Primavera ABS

dsc_0096-2

Model Primavera yang telah dikemaskinikan untuk 2016 dengan pelbagai penambahbaikan. Perubahan terbesar merupakan enjin baru i-Get khas dari Piaggio yang lebih efisien. Enjin 4 strok 154.8cc satu silinder 3 injap ini mampu menjana kuasa maksimum 12.7hp pada 7,750rpm dan tork maksimum 12.8Nm pada 6,500rpm.

dsc_0137-2

Tambahan baru yang turut terdapat pada Primavera terbaru ini adalah ABS (anti-lock brakes). Dengan brek cakera hadapan dan brek gelendong belakang, sistem ini menambahkan lagi keselamatan kepada penunggang.

1_br_vespa_my_70_launch_-22
imej dari Bikes Republic

Vespa Primavera ABS ini terdapat 6 variasi warna dan boleh didapati dimana-mana pengedar sah Vespa dengan harga RM14,888 (harga asas tanpa GST).

2016 Vespa Primavera 70th Anniversary

dsc_0114

Vespa Primavera edisi khas untuk ulangtahun juga dilancarkan semasa sambutan Sabtu lepas. Warna biru istimewa ‘Azzuro 70th Anniversary’, tempat duduk dan beg kulit khas serta tempat letak beg krom turut disertai dalam pakej ini.

dsc_0057

Dari segi mekanikal, Vespa Primavera ini adalah sama seperti Primavera ABS dan hanya 52 unit akan dijual di Malaysia. Bagi peminat-peminat Vespa, harga Primavera ulangtahun ini ialah RM16,488 (harga asas tanpa GST).

2016 Vespa Sprint ABS

dsc_0051-2

Selain Primavera, model Sprint juga telah dikemaskini untuk tahun 2016 dengan model terbaru iaitu Vespa Sprint ABS.

Vespa Sprint ABS juga mendapat enjin Piaggio i-Get 4 strok 154.8cc satu silinder 3 injap dengan sistem suntikan bahan api. Tambahan baru juga adalah sistem ABS yang sebelum ini tidak terdapat pada mana-mana Sprint.

dsc_0083

Seperti Primavera ABS, Sprint terbaru ini juga menggunakan ABS (anti-lock brakes) dan sistem brek cakera hadapan dan brek gelendong belakang untuk meningkatkan cirri keselamatan semasa menunggang.

dsc_0087

Terdapat 7 warna menarik bagi Vespa Sprint ABS dengan harga tawaran RM15,888 (harga asas tanpa GST).

2016 Vespa Sprint Adventure

dsc_0040

Model terakhir yang telah dilancarkan secara rasmi semasa sambutan ulangtahun di Publika Sabtu lepas adalah 2016 Vespa Sprint Adventure. Sprint ini berasaskan model Sprint ABS tetapi dengan rupa luaran yang lebih lasak.

dsc_0198-2

Model Sprint Adventure ini mempunyai rak pembawa istimewa di hadapan dan juga belakang dan skrin penghadang angin. Vespa Sprint Adventure juga mempunyai ‘USB port’ untuk mengecas telefon pintar anda.

dsc_0102

Bagi 2016 Vespa Sprint Adventure ini, hanya dua warna yang ditawarkan iaitu ‘Matt Green’ dan ‘Matt Sand’. Hanya 52 model akan dibawa masuk ke Malaysia dimana 26 model hijau matt telah pun habis dijual! Harga yang ditawarkan untuk 2016 Vespa Sprint Adventure ialah RM17,000 (harga asas tanpa GST).

Galeri gambar Perhimpunan Terbesar Vespa “Largest Vespa Gathering” sempena Ulangtahun ke-70 di Publika

dsc_0198-2 dsc_0137-2 dsc_0096-2Imej dari Bikes Republic1_br_vespa_my_70_launch_-24-696x522 1_br_vespa_my_70_launch_-22 dsc_0090-2 dsc_0051-2 dsc_0038-2 dsc_0275 dsc_0261 dsc_0259 dsc_0228 dsc_0191 dsc_0186 dsc_0167 dsc_0165 dsc_0165-2 dsc_0141 dsc_0130 dsc_0128 dsc_0127 dsc_0118 dsc_0114 dsc_0102 dsc_0094 dsc_0087 dsc_0083 dsc_0072 dsc_0069 dsc_0057 dsc_0050 dsc_0040 dsc_0033 dsc_0012

Leave a Reply